GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Berbuka di Food Garden The Garden Midvalley

Dah seminggu berbuka kat rumah, kali ni Wife aku ajak berbuka di luar. Asal nak keluar makan dekat-dekat jer, tapi memandangkan nak beli baju raya my kids, kami terus ke MidValley lepas Asar. Target kami, Berbuka di Food Garden The Garden Midvalley.

 

Jalan paling senang nak masuk, parking kat The Garden. Sib baik aku masuk jer ada kereta nak keluar. Konsep “seru alam” yang aku praktik tu cukup berkesan la.

 

Dah parked kereta, kami ke terus cari bajua raya My Kids. Beli yang murah-murah sajer, jimat untuk masa depan. Tak sampai sejam dah selesai. Turun balik ke Carrefour, carik barang dapur sikit. Pun sekejap sajer, pastu aku hantar barang-barang ke kereta dulu. Dah setel, tangan dah kosong balik, baru best nak berbuka puasa.

 

Memandangkan kat Midvalley orang selalu ramai, kali ni aku nak try Food Garden kat The Gardens. Food Court kat The Gardens ni berada kat Tingkat 3, hujung sekali. Kawasan yang tak lah besar sangat, tetapi sangat selesa. Kebetulan orang tak ramai. Kami sampai kul 7.00pm pun masih banyak meja yang kosong.

 

Pilihan makanan banyak. Ada Teppanyaki, Thai Food, Hot Sizzling Claypot, Masakan Korea Halal, Masakan Melayu Nasi Campur, Mamak Stail, Arab Taste dan juga Roti Canai. Air juga ada pelbagai jenis.

 

 

Berbuka di Food Garden The Garden Midvalley

 

Tapi aku cuba Tomyam Padprik dan Teppanyaki Pari dan Lala untuk menu utama. Bubur Kacang dan Roti Canai untuk My Kids. Air Tembikai, Teh Tarik dan Teh Ais.

 

 

 

 

Rasa boleh tahan, sedap la jugak. Paling syiok pasal tak ramai macam Food Court kat Midvalley. Kat sini suasana masih lagi tenteram dengan kaler based wall Hijau, lagi la rasa tenang 🙂

 

Nanti kalau kemudian singgah kat The Gardens, bleh la cuba lagi menu lain pulak kat Food Garden. Lagipun, harga berpatutan. Cuba yer…

 

Berbuka di Food Garden The Garden Midvalley

MrJocko.com

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.