MrJocko dan Pegeluaran Akaun 2 Pinjaman Perumahan
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

MrJocko dan Pegeluaran Akaun 2 Pinjaman Perumahan

Hari Khamis, aku ke KWSP Jalan Raja Laut untuk menunaikan hajat besar. Hajat untuk mengeluarkan sebahagian dari duit akaun 2 KWSP bagi pengeluaran pembayaran pinjaman perumahan.
Sebelum ni aku dah pernah buat sekali. Dah 2 tahun dah pun. Jadi, memandangkan ada lagi baki yang tinggal, aku cadang nak keluarkan lagi.
Bagi yang belum tahu, bagaimana pengeluaran pinjaman bayaran bulanan perumahan boleh baca kat web KWSP . Pengeluaran kali kedua untuk bayaran baki/bulanan pinjaman perumahan ni senang jer. Apa yang perlu korang ada:
1. Penyata baki terkini dari Bank tempat anda membuat pinjaman.
2. Pengesahan No akaun dan statement Buku Bank anda. (boleh dapatkan di cawangan bank anda)
3. Borang Pengeluaran Bulanan di KWSP
4. Copy IC depan dan Belakang

Dah siap semua dokumen, boleh ke KWSP. Ambil borang, isi dan bila siap, boleh ambil Nombor Giliran. Bila no anda di panggil urusan tidak akan mengambil masa yang lama. Macam aku, tak sampai 5 minit. Pengesahan melalui sistem KWSP, kemudian pegawai KWSP akan mengesahkan berapa jumlah yang mahu dikeluarkan, lepas tu proses chop jari dan selesai. Pantas bukan?
Stage pertama selesai dan anda kan mendapat slip berkomputer sebagai pengesahan. Jika berjaya pada stage kedua, pembayaran setiap bulan akan dibuat selepas tarikh 2 minggu dari tarikh pemerosesan. Pun cepat… Thank you KWSP.
MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.