Pegawai Imigresen tahanan ISA, kini BEBAS
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Pegawai Imigresen tahanan ISA, kini BEBAS

Dulu kita kecoh bahawa negara kita, Malaysia menjadi salah satu negara transit perdagangan manusia terbesar di dunia.
Antara penyebab utama adalah kerana peluang kerja yang lebih bagus di Malaysia. Namun, tahun lepas kita terkejut apabila ada bukti dan berita mengatakan ramai pegawai Imigresen terlibat sama dalam jenayah pemerdagangan manusia ini.

Berita Harian pernah mengeluarkan berita bahawa sekitar RM60,000 sebulan habuan yang diberikan kepada pegawai Imigresen terlibat. Hasil dari siasatan rasanya 8 pegawai Imigresen ditangkap dibawah Tahanan ISA, bulan Oktober 2010.
Tadi, Buletin TV3 menyiarkan berita bahawa pegawai Imigresen terbabit akan di’Bebas’kan. Begitu sajer???
Rasanya mungkin boleh dibebaskan dari Tahanan ISA, tetapi harap pihak berwajib, akan meneruskan tindakan mendakwa mereka supaya ia menjadi pengajaran kepada pegawai-pegawai kerajaan lain supaya tidak meremehkan tanggungjawab negara.
Bayangkan betapa bahawa, rugi dan kucar-kacirnya negara bila mereka menjadi tali barut jenayah Pemerdagangan Manusia ini? Takkan lah mereka dilepaskan begitu sajer???

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.