GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Makan Di Restoran Vicchuda Damansara Utama

Restoran Vicchuda Damansara Utama
Restoran Vicchuda Damansara Utama

Memandangkan aku suka makan dan peminat TOMYAM, semestinya aku gigih mencari kedai makan Ala Thai yang sedap2 area KL ni. Salah satu tempat yang best, Restoran Vicchuda, Damasara Utama, Petaling Jaya.

 

Restoran ni memang dah lama, sejak aku mula datang KL, restoran ni dah ada. tapi masa tu baru bukak satu lot kedai. Skang dah ada 2 lot kedai sekaligus, ditambah plak satu gerai di Damansara Uptown Hawkers.

 

Restoran ni buka 24 jam kalau tak silap aku. Pasal, masa aku lalu, tak pernah tutup pun??? Pagi nampak cam buka. Tengahari apatah lagi, orang ramai yang amat. Malam lagi lah, smua meja boleh kata penuh. Tengah malam, sampai ke kul 5.00 pagi masih ada orang.

 

 

 

Menu utama kat sini Ala Thai. Tomyam, Sup Ekor, Ikan Siakap Tiga Rasa, Stim, Papdrik dan macam2 lagi. Korang sebut jer, InsyaAllah diorang bleh masakkan. Paling best, tak yah tunggu lama. Selalunya lepas order 5 – 10 minits masakan dah siap. Cepatkan.

 

Bab harga, aku rasa mahal sikit jer dari harga luar. Tapi tak der la mahal sangat. Sesuai la dengan rasa dan servis yang diberikan. Nanti kalau korang nak try berbuka di sana boleh la try, Restoran Vicchuda Damansara Utama.

3 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.