Apa Maksud Monopos Atau Putus Haid Bagi Kaum Wanita
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Apa Maksud Monopos Atau Putus Haid Bagi Kaum Wanita

Ramai yang selalu risau pasal isu Monopos (menopause). Apa Maksud Monopos Atau Putus Haid Bagi Kaum Wanita? Dalam bahasa melayu di panggil Monopos atau Putus Haid. Kalau dalam English dipanggil Menapause.

Monopos atau Putus haid adalah waktu pertengahan umur seseorang wanita itu di mana dia berhenti mengeluarkan haidnya. Ia terjadi apabila ovari berhenti menghasilkan telur. Selalunya ia terjadi secara perlahan-lahan dalam suatu jangka waktu yang panjang. Namun begitu, ada juga kes dimana ia berlaku secara tiba-tiba dan cepat.

Baca : Kasut Kesihatan Footlink

 



 

Apa Maksud Monopos Atau Putus Haid Bagi Kaum Wanita

Jangka waktu yang diambil untuk mengalami putus haid secara terus dipanggil perimenopause. Ia akan mempengaruhi hormon, tubuh badan dan perasaan. Satu lagi istilah yang diberi kepada jangka waktu yang diambil oleh seorang wanita semasa perubahan dari tahap kesuburan tinggi kepada ketidaksuburan ialah ‘climateric’.

Apa Maksud Monopos Atau Putus Haid Bagi Kaum Wanita
 

Semasa perimenopause, pengeluaran estrogen dari ovari semakin berkurangan dan perlahan. Ini menyebabkan paras hormon tidak stabil. Ketakstabilan paras hormon inilah yang menyebabkan beberapa perubahan tertentu dalam wanita yang putus haid. Masa selepas putus haid pula dipanggil postmenopause.

Terdapat juga kes dimana terdapatnya ‘artificial menopause’ iaitu putus haid yang berlaku secara bukan semulajadi.  

Misalnya di dalam kes pembedahan pembuangan ovari yang rosak ataupun terpaksa dibuang oleh sebab terdapatnya ketumbuhan. Dalam kes seperti ini, putus haid berlaku dengan cepat dan tiba-tiba tanpa melalui proses perimenopause.

Jadi kalau lepas ini ada yang bertanya apa maksud monopos, tahu lah anda nak jawab camana. Kalau dalam bangsa Melayu, ayat Putus haid atau Monopos juga jadi sindiran tentang perangai seseorang yang cepat marah 🙂

Jangan ingat orang perempuan sahaja yang boleh monopos. Orang lelaki juga ada potensi untuk cepat menopos kalau tiba masanya. Ia di panggil Andropos. Kalau nak tahu bagai mana orang lelaki boleh Andropos (monopos), boleh google di internet.

Untuk lelaki, cara untuk Andropos ini berbeza dengan orang perempuan. Boleh baca di pautan ini Andropos Untuk Lelaki.

Baca : MrJocko dan Kesihatan

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.