GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Aroma Thai Damansara Perdana Yang HAMPEH!!!

Aku kan suka beli coupon dari website. Dah banyak aku beli, dan kali ni, kami try Aroma Thai, Damansara Perdana, dekat sajer dengan Public Mutual. Kali ni aku beli dari Living Social atau Everyday.com.my

 

Harga aku lupa, tapi kalau ikutkan offer memang diskaun nampak menarik. Since aku suka makan TOM YAM dan Thai Menu, aku beli la dua set. Oleh kerana syarat coupons  tak perlu call atau book, cuma walk-in sahaja sementara stok masih ada, maka semalam, Sabtu, kami ke sana jam 4.00 petang untuk redeem coupons.

 

Review restoran Aroma Thai, Damansara Perdana

 

Masa kami sampai, memang tak da orang, so aku redeem la coupons seperti biasa. Oleh kerana aku beli 2 set sahaja, sedangkan aku bawa adik aku, maka aku nak order satu lagi extra. Terkejut aku bila waiter tu cakap, hari tu dia terima Coupons sahaja… Hah??? Apa punya rules ni? Pelik,,, aku nak beli, tambah order makan pun dia kata tak boleh.

 

Jadi nak tak nak, kami order dua sahaja. Nasib aku belum abis, bila sampai sahaja menu yang di pesan, alahaiii,,, sedih nya, ini ke yang ada dalam offer coupons tu??? Tuan-tuan dan puan-puan Living Social atau Everyday, sila la tengok menu yang aku dapat ni??? Masa iklan, nampak macam GAH dan SANGAT BAGUS. Bila sampai restoran Aroma Thai dan order yang real, rasa macam order kat gerai Tomyam tepi jalan sahaja,,, Tak nampak ada kelas langsung,,,

 

Korang tengok jer la apa yang aku dapat dan olahan ayat yang ada dalam coupons tu… Maka, restoran Aroma Thai Damansara Perdana ni, adalah restoran yang pertama dan last aku singgah. servis Aroma Thai ni, sungguh la tak capai standard yang aku harapkan… 

Review restoran Aroma Thai, Damansara Perdana
Air Serai + Selasih sikit

 

Review restoran Aroma Thai, Damansara Perdana
Menu yang kononnya ada STANDARD

 

Review restoran Aroma Thai, Damansara Perdana
Meehun Tomyam ???

So, kalau korang nak beli vouchers atau coupons online, sekali lagi, pilih yang betul-betul berbaloi… 🙂

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.