GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Jom Makan di Restoran Chawan Publika

Asalnya kami singgah ke Solaris Hartamas pasal nak makan Nasi Ayam Kampung Bandariya. Katanya ada bukak branch kat area Publika tu. Jadi, aku tengok dalam web Bandariya pun ada. Berkobar-kobar la nak ke sana. Dekat jer pun dengan umah aku.

Dah sampai Solaris Hartamas, pusing masuk parking space, pastu cari restoran Bandariya Ayam Kampung. Frust bila sampai jer kat kedai tu, rupernya dah BUNGKUS, Tutup, Closed, Tapau, apa lagi…

Tak ramai orang datang makan sana kot? Tak leh nak buat business.

 

 

Dah sampai situ, kami tukar plan. Singgah Restoran Chawan Publika. Pernah tengok kat outlet lain, lupa lak kat mana, Bangsar kot…

Chawan kat Solaris ni betul-betul kat corner lot. Dekat sajer dengan pintu masuk Publika dan juga MPH. Kami cuma menu Mee Soto Chawan, Roti Bakar Chawan, Nasi Lemak Bungkus Chawan, Neslo Chawan dan Lai Chee Kang.

 

 

 

 

Semua menu di Restoran Chawan Publika ni sedap-sedap belaka. Lebih-lebih lagi portion untuk Mee Soto sangat la banyak. Makan sorang macam tak abis jer. Memang berbaloi dengan harga, rasa, restoran yang selesa dan servis yang bagus. Boleh dapat markah penuh la.

Kalau nampak Restoran Chawan, jangan lupa singgah yer. Menu di sini mungkin akan menjadi menu kesukaan korang untuk sarapan pagi, makan tengahari, minum petang dan juga makan malam.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.