GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Dinner di Anjung Senibong Seafood Permas Jaya

Pernah singgah sini, Restoran Anjung Senibong Seafood Permas Jaya? Ini adalah Restoran Anjung Senibong Seafood yang terletak di Permas Jaya, Johor. Kawasan restoran tepi laut ini adalah di antara selat yang menghubungkan Johor dan Singapura.

Kalau nak tahu, kat sini sebenarnya ada banyak kedai-kedai Tomyam Seafood. Tetapi kebetulan waktu kami datang, hanya ada 2 kedai sahaja yang beroperasi. Yang lain masih lagi dalam mood cuti.

Baca : MrJocko dan Food Review di Pelbagai Restoran

Dinner di Anjung Senibong Seafood Permas Jaya

 
 

Menu kami kali ni, Seafood. Misi mencari Ketam, Udang dan Sotong feveret anak-anak aku. Kat sini, memang ikan segar-segar. Semuanya jenis yang baru diambil dari nelayan dan diletakkan untuk pilihan pelanggan-pelanggan restoran. Ada juga ikan yang masih hidup. Seperti ketam dan udang, ia masih hidup dan akan di sajikan selepas korang pilih berapa banyak korang nak order.

 
 
 

 

 

 

Kali ni di Anjung Senibong Seafood kami order ketam, ikan siakap, sotong dan jugan udang. semua di masak berlainan sesuai dengan cara masak yang selalu terhidang kat restoran sana. bagi jer la diorang masak, tau la diorang buat. Kami cakap, suh masak menu yang sedap-sedap sahaja.

 

 

 

Anjung Senibong Seafood Permas Jaya

Bila tengok saiz ikan, ketam, udang dan sotong, semuanya segar dan size besar-besar semua. Yang ni la baru sedap. Masih lagi fresh dan manis. Tak seperti yang selalu kita masak. Selalunya ikan dan udang dah lama mati dan tak segar.

 

 

 

Jemput la makan, Memang semua sedap-sedap. Ikan Siakap, Ketam masak pedas, udang masak butter, kepah dan udang tepung,,, sedap nya,,, Alhamdulillah rezeki kali ni.

 

Bagi yang nak cari alamat dan nak tau di mana nak cari kawasan restoran makanan laut atau seafood Senibong ni, boleh cari arah menghala ke Permas Jaya Golf Resort. Anjung Senibong seafood berada berdekatan sahaja, di persisir pantai mengadap Singapura. Senang jer nak cari. 

 

 

MrJocko.com

7 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.