GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Siapa Tahu Makna Apa itu Boutique Hotel?

Siapa Tahu Makna Apa itu Boutique Hotel??? Aku pernah 2-3 kali menginap di Boutique Hotel ni. Masa di Ho Chi Minh,Vietnam, aku menetap di Hotel jenis ini. Kenapa aku menginap di Boutique Hotel?

Mengikut WIKIPEDIA, Boutique Hotel atau Hotel Butik adalah satu istilah yang dipopularkan di Amerika Utara dan United Kingdom. Pada pandangan aku, jenis hotel Boutique seperti ini menggambarkan hotel yang menyediakan perkhidmatan seperti kemudahan mewah hotel 4 atau 5 bintang tetapi tiada mempunyai kemudahan Kolam Renang, Gymnasium atau SPA.

Apa itu Boutique Hotel
Bilik yang luas

 

Tips Boutique Hotel

Pilih bilik single untuk value yang lebih murah. Sesetangah Boutique Hotel boleh jer kalau bilik single, tetapi masuk 2 orang. Pakej Boutique hotel biasanya tiada termasuk Sarapan Pagi

 

Ada kemudahan TV Kabel

 

Bilik air pun boleh tahan

 

Apa Itu Boutique Hotel
kat Lobby Mifuki Boutique Hotel
Apa Itu Boutique Hotel
antara Boutique Hotel yang terkenal di Ho Chi Minh

 

 

Ada Hotel Butik yang kadang-kadang dikenali sebagai “hotel reka bentuk” atau “Hotel gaya hidup”, hotel butik mula muncul pada tahun 1980-an di bandar-bandar utama seperti London, New York, dan San Francisco.

 

Biasanya hotel butik yang diberikan di dalam bertema, bergaya atau aspirasi dari sesuatu cara. Hotel butik memberi tumpuan menawarkan perkhidmatan mereka dalam suasana yang selesa dan mesra. Bilik dan suite  dipasang dengan telefon dan Internet Wi-Fi, penghawa dingin, fridge kecil dan TV kabel.

 

Perkhidmatan tetamu oleh kakitangan hotel selama 24-jam. Hotel butik banyak mempunyai kemudahan tempat makan di tapak, dan bar tawaran majoriti dan lounge yang juga mungkin terbuka kepada orang awam.

 

Apa Itu Boutique Hotel

 

Aku rasa, TUNE HOTEL mungkin aku boleh klasifikasi sebagai Boutique Hotel yang terkenal di Malaysia. Kualiti bilik setaraf bilik 5 Bintang tetapi bayaran cuma berharga 1 tau 2 Bintang sahaja. Tambahan, ada banyak servis lain yang menarik jika korang menetap di Tune Hotel.

Jadi, bagi yang nak tahu, Apa Itu Boutique Hotel, inilah jawapan mengikut fahaman MrJocko. Kalau anda ada maksud yang lebih jelas tentang Boutique Hotel, boleh kongsi di ruangan komen di bawah 🙂

Jangan lupa baca http://www.mrjocko.com/2012/03/tempat-menarik-di-ho-chi-minh.html

MrJocko.com

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.