GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Apa Maksud Masalah Bandwidth Limit Exceeded

Tengah-tengah anda klik dan nak masuk kepada sesuatu website atau blog, pernah tak anda mengalami masalah seperti ini, dapat mesej, Bandwith Limit Exceeded…??? Langsung tak boleh masuk ke laman web tersebut. 
Apa akan terjadi kalau laman web tersebut adalah laman web penting? Apa pula perasaan anda, kalau itu adalah web atau blog anda??? Frust kan???

Elaun / had bandwidth adalah jumlah pemindahan data anda diberi kepada pelan / pakej oleh hos anda.
Notis itu bermakna bahawa elaun had jalur lebar yang diberikan oleh ‘provider’ kepada anda sudah habis digunakan pada tempoh tersebut. Jika anda baru-baru ini telah menerima banyak trafik, ini boleh berlaku.

Anda harus mempertimbangkan untuk berpindah ke pakej yang lebih besar dengan elaun jalur lebar yang lebih jika anda menjangka untuk menerima bilangan yang sama hits / muat turun atau memindahkan bulan depan seperti yang anda lakukan pada bulan ini. Dengan menaik taraf kepada pelan yang lebih besar, anda mungkin tidak akan melihat notis ini sekali lagi kerana anda akan berada dalam elaun yang lebih besar dan tidak boleh melebihi.

Senang cerita, kalau sebelum ni pakej yang anda ada cuma 1Gb, tetapi trafik visitor masuk ke dalam web atau blog anda lebih dari 1Gb dalam tempoh sebulan, maka perkara Bandwith Limit Exceeded akan berlaku. Kalau anda tak nak masalah ini, upgrade atau tambah pakej yang lebih besar bersesuaian dengan visitor ke laman web atau blog anda.
Dah faham? Kalau tak faham boleh cari En Google 🙂

MrJocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.