GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Redeem Voucher Spin & Mop


Dah lama dah aku beli voucher dari Groupon ni, dan dah dua tiga kali dah kansel nak pegi ambik. Asyik busy, ada hal, tak sempat. Last week, aku paksa jugak ke sana, Fahrenheit88 atau nama lama KL Plaza. Kalau aku tak ambik this week, nanti voucher tu burn hilang cam gitu jer…
Mula-mula pening jugak aku nak cari ofis CSC.com.my ni. Pasal katanya alamat kat tingkat 1, skali bila pusing kat tingkat 1, tapi tak jumpa-jumpa. Aku call balik office tu, rupernya tempat tu tersembunyi ke dalam. Adus,,, ada gak office cam gini.
Bila dah masuk dalam, baru aku nampak syarikat CSC.com.my ni. Mula-mula takut gak, mana tau syarikat yang nak menipu. Tapi rupernya tidak. Mereka adalah syarikat yang jual barang-barang peralatan rumah secara online dan antara sole distributor kat Malaysia. 
Masa masuk ke pejabat ni, aku di sapa staff kat sini. Mintak voucher dan segera bawa barang-barang yang aku order. Setelah semua selesai, aku sign borang penerimaan dan boleh ambil barang kami, Spin & Mop.
Harga kat situ aku tengok di jual dengan RM130, tetapi aku beli cuma dengan harga RM60 sahaja, murah kan???
Nanti bila aku dah cuba pakai Spin & Mop ni, aku buat review lagi. Mana tau produk ni low quality ker, high quality ke?

MrJocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.