GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sekali Sekala Layan Bola di Concorde Hotel

Kat Concorde Hotel ada banyak tempat minum, antaranya Cafe Melting Point, betul-betul sebelah lobby hotel.
Semalam aku singgah sana, ada orang kaya ajak minum. Katanya nak tambah pelaburan sambil nak belajar ber’blog’. Aku pun ok jer. Lagi pun semalam ada game Spurs vs ManUtd.
Since game kul 12.00 tgh malam, aku sampai sana seawal 10.30 pm. Maklum la, nak jumpa klien, kena awal. Sampai jer, lepak tunggu klien aka Orang Kaya, sambil layan LIVE BAND yang ada. Performance diorang memang best, suara tip top dan show live dengan alat muzik bergerak dari meja ke meja sangat la BEST. Aku terhibur.

Tak sampai 15 minits, orang kaya sampai. So, order la air dan makan-makan sikit. Dah tengah malam, kami order biskut dengan CUCUR UDANG jer la. Ha… jangan tak tau, Hotel Concorde pun ada menu Cucur Udang. Sedap ooo, cicah sambal dan sos cili, memang terangkat.

Sambil borak, sambil cerita pasal business, sambil layan bola kat screen depan. Best jugak la, pasal tempat selesa, orang tak ramai sangat, tak bising dan TV Screen besar…

Kena pulak malam tu ManUtd menang 3-1 keatas Spurs,,, memang best la. Klien pulak puas hati, nak tambah lagi. Rezeki. 
Sedar-sedar dah jam 3.00 pagi. Patut la aku dah dua tida kali menguap. Ngantuk nya. Abis game terus balik. Since aku tak ambik Valet Parking kat Concorde aku bayar normal flat rate pasal aku dining kat Melting Point. Bayar RM7 jer pun. Kalau Valet Service kena charge RM20. šŸ™‚

MrJocko.com

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.