GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Jom Tengok Upin Ipin The Musical di Istana Budaya

Jom Tengok Upin Ipin The Musical di Istana Budaya. Kat Malaysia ni antara watak yang paling berjaya setakat ini adalah watak kartun Upin dan Ipin. Ia menjadi fenomena dari watak drama kartun episod sehingga ke layar perak, Upin & Ipin : Geng Pengembaraan Bermula.
Boleh kata semua kanak-kanak, budak-budak, remaja, malah orang dewasa semua kenal Upin dan Ipin. Sekali lagi, Upin & Ipin melakar sejarah bila menjadi watak Kartun Malaysia pertama beraksi di Istana Budaya. Hebattt,,, Mesti ramai yang nak tengok Upin dan Ipin versi Istana Budaya. Aku pun termasuk dalam golongan mereka-mereka yang mahukan Upin & Ipin di Istana Budaya.

Baca : MrJocko dan Hiburan

Bagi yang belum tahu, pementasan Upin & Ipin The Musical akan bermula 14 April 2012 sehinggal 6 Mei 2012 di Panggung Sari, Istana Budaya. Pementasan ini adalah dalam Bahasa Melayu. Untuk pementasan Upin & Ipin The Musical – English Performance, ia akan di pentaskan sehari sahaja iaitu pada 28 April 2012, di pentas yang sama.

Jadi, kalau korang tidak punya program sepanjang tarikh tersebut, apa kata jom ramai-ramai ke Panggung Sari Istana Budaya untuk menyaksikan pementasan Muzikal Upin & Ipin. Harga tiket serendah RM33.00 sehingga ke RM453.00. Tiket boleh di beli di Istana Budaya dan juga wakil-wakil sah termasuk di Ticket2u.biz
Macam aku, malas nak ke Istana Budaya, nak cara senang beli tiket muzikal Upin & Ipin ni, aku masuk ke laman web ticket2u.biz ni jer. Online, pilih date mana yang kita nak pegi, kemudian tekan untuk pilih seat. Sudah dapat pilihan seat mengikut budget kita, teruskan buat pembayaran. Pembayaran boleh di buat menggunakan Credit Card atau jual Pembayaran online seperti Internet Banking melalui Perbankan Internet di kebayakkan bank-bank tempatan.

Bila pembayaran sudah di buat, dan di sahkan, korang akan dapat statement seperti di atas. Ini bukti pengesahan belian tiket secara online. Simpan keratan ini dan anda boleh tebus tiket pada tarikh pementasan yang korang pilih. Mudah kan??? MrJocko sudah beli tiket, anda bila lagi nak beli tiket Upin & Ipin The Musical???
Nak tau info lanjut, boleh call istana Budaya atau pusat jualan tiket 03-41478600. Selamat ber’Upin & Ipin’

MrJocko.com

4 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.