GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Disney On Ice Malaysia 2010

Masa bulan Mac 2010, Disney On Ice datang ke Malaysia. Event Disney On Ice ni adalah show khas watak-watak kartun Disney dengan ice skating memang jarang singgah di Malaysia. Semestinya salah satu show yang tidak patut di lepaskan.

Kebetulan masa tu dapat la diskaun untuk tiket-tiket Disney On Ice 2010 hasil dari bantuan Mr Ramzi. Molek la tu, bayar untuk 2 orang dan dapat tiket untuk 4 orang, Thank you bro kerana sudi tolong dapatkan tiket dengan harga diskaun dan juga sponsor satu tiket extra 🙂

Walaupun masa tu aku rasa harga tiket mahal sedikit daripada harga tiket pertunjukkan yang baisa di buat di Stadium Putra, Bukit Jalil, aku rasa ia berbaloi kerana kebanyakkan pelakon dan crew kerja mereka adalah dari luar negara. Kira ni taraf international la ni.
Pertunjukan, jalan cerita yang sememangnya membuatkan my kids tak senang duduk. Happy sungguh diorang layan watak-watak kartun seperti Mickey Mouse, Minnie Mouse, Duffy Duck, Goofy, Buzz Lightyear, Incredibles dan banyak lagi karektor kartun lain.

Berbaloi membeli tiket Disney On Ice 2010 dan juga pertunjukan yang sememangnya BEST. Harap nanti Disney On Ice atau show seumpamanya akan singgah lagi ke Malaysia. Kami tungguuu…

MrJocko.com

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.