GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Isu Stesen Minyak Esso dan Mobil Kehabisan Stok

Nampak tak tulisan di Pam Ron95 – ‘Pam Rosak’
Sabtu malam minggu aku nak ke Saujana Utama, nak pegi makan satay terbaik member aku, si Amrul Nizam di sana. Oleh kerana minyak kereta dah nak abis, singgah la Stesen Minyak Esso. Bila sampai, aku tengok tertulis “Pam Rosak” di kesemua pam Ron95, dan cuma boleh pakai Ron97. Aku dah pelik, takkan la semua pam boleh rosak? Bukan satu, ada kesemuanya 8 pam kesemuanya. So aku terpaksa la ke stesen minyak lain.
Rupernya, semalam dapat berita, yang stesen minyak kendalian Esso dan Mobil sebenarnya sedang menghadapi masalah menerima bekalan petrol dari pembekal petroleum mereka sejak 1 April 2012. Kenapa boleh jadi begini???
So, jangan pelik la kalau dua tiga hari ni, kalau korang singgah Esso dan Mobil, diorang tiada bekalan petrol Ron95 dan Diesel kerana bekalan tak sampai. Tapi, kalau boleh, jangan la menipu dengan menulis “PAM ROSAK”. Bagitahu la STOK HABIS, senang cerita.

MrJocko.com

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.