GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Harga Burger Bakar Cecah RM150 Sebiji

Harga Burger Bakar Cecah RM150 Sebiji
Fenomena Burger Bakar

Korang pernah makan burger bakar? Pernah dengan nama Burger Bakar kan???

Aku tak pernah rasa, tak pernah tengok dan tak pernah lalu kawasan tempat burger stall yang terkenal ni. Kalau di Wangsa Maju, burger ni kira dah jadi Fenomena. Itu lah dia Kaw Kaw Burger Bakar, Wangsa Maju.

 

Harga Burger Bakar RM150

Bukan di kedai, bukan di restoran, tapi dijual di kaki lima sahaja. Katanya harga Burger Bakar Wangsa Maju ni bermula dengan RM7.50 sehingga RM18.00 setiap satu. Daging akan dibakar dan disusun berlapis mengikut tempahan dari pelanggan.

 

Burger Bakar Cecah RM150 Sebiji

 

Harga Burger Bakar Cecah RM150 Sebiji

Aku pun tak tau mana sedapnya pasal tidak pernah cuba, tetapi teringin nak cuba. Ramai yang memuji kata sedap. Lagi pun design, cara masakan dan menu dia unik sedikit dari kebanyakkan burger lain. Malah, yang paling unik katanya ada pernah Burger Bakar ni dijual secara custom order, setinggi 20 lapisan daging dengan harga RM150 setiap satu,,, Wwwow!!!

 

So, tidak hairan kalau ramai yang sanggup beratur untuk membeli Kaw Kaw Burger Bakar ni. Siap ada disediakan nombor order dan Que panjang, Penat juga kalau nak fikir, sehingga ada yang terpaksa menunggu sehingga 3 jam semata-mata nak dapatkan order Burger Kaw mereka. Anda sanggup? Saya tak sanggup!!!

 

Gambar : The Star

5 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.