Perhimpunan BANTAH PTPTN Di Dataran Merdeka
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Perhimpunan BANTAH PTPTN Di Dataran Merdeka

Sebenarnya dari pejabat aku, boleh nampak Dataran Merdeka dengan jelas. Tapi ntah camana aku boleh tidak perasan yang katanya ada sekumpulan Mahasiswa duk berhimpun dan berkhemah di Dataran Merdeka hari ini, 19 April 2012, pasal mereka nak menunjukkan ketidakpuasan, bantahan dan tidak menyokong Pinjaman PTPTN.

Tujuan sebenar, siapa ketua kumpulan yang membantah PTPTN ini, dan apa maksud sebenar perhimpunan bantah PTPTN di Dataran ni aku tak jelas. Cuma aku setuju dengan komen Tun Mahathir, “kalau tidak mahu PTPTN, jangan ambil”.
Memang kita ketahui kos untuk pembelajaran di Malaysia sudah semakin mahal. Negara lain pun alami situasi yang sama. PTPTN bukan wajib, ia adalah TAWARAN, oleh itu, mahasiswa berhak menolaknya.
Berkenaan dengan caj faedah yang di kenakan oleh PTPTN adalah tinggi, aku pun setuju. Mungkin pihak terbabit boleh membuat semakan dan menilai balik supaya pinjaman PTPTN ini di kenakan kadah faedah yang seminima mungkin supaya ia tidak membebankan peminjam.
Apa pun, harap tidak terjadi benda-benda yang tak baik semasa perhimpunan ini, walaupun tadi dah ada berita atau khabar angin yang mengatakan ada yang di tangkap oleh sebab perhimpunan PTPTN ini. Wallahuaa’lam…
p/s : Ini bukan entry Politik

MrJocko.com

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.