Visa Ke Jepun Sudah Di Luluskan
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Visa Ke Jepun Sudah Di Luluskan

 

 

Sebulan lagi, lebih kurang, MrJocko akan pergi bercuti lagi. Kali ni, pergi berjimba dengan geng-geng Agency, geng-geng Financial Consultant di bawah naungan Public Mutual. Pakej percutian ini adalah tanda pencapaian MrJocko dalam bidang ‘Perunding Unit Amanah’ antara yang terbaik bagi tahun 2011.

Visa Ke Jepun Sudah Di Luluskan setelah memohon beberapa minggu yang lepas. 

Alhamdulillah, tahun lepas MrJocko berjaya mengumpul dan mengajak kawan-kawan untuk menyimpan demi masa depan. Hasil sokongan dan kepercayaan yang di berikan, MrJocko pula menerima bonus di atas hasil usaha MrJocko selama 365 pada tahun 2011.

 

Kali ini, destinasi MrJocko, akan ke Tokyo selama 5 hari 4 malam. Best,,, syiok dan teruja. Tahun lepas MrJocko ke Korea Selatan, tahun ini rezeki tuhan kurnia bagi kesempatan MrJocko ke Tokyo. Semuga semua selamat, sihat dan tak sabar untuk ke sana.

 

Just nak share camana rupa Visa ke Jepun setelah dapat approval. Slip ini akan di lekatkan di Passport Antarabangsa korang dan akan menjadi KUNCI untuk memasuki negara Jepun nanti. Tempoh permohonan sekitar seminggu sehingga dua minggu.

Sebelum ini, bukan senang jugak untuk dapatkan Visa Ke Jepun kerana katanya kita memerlukan sejumlah wang yang agak besar di dalam akaun bank untuk ‘cagaran’ bahawa kita bukan travel ke Jepun untuk bekerja di sana.

MrJocko.com

6 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.