GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Bare Your Heart & Soul With Kenny G

Zaman remaja aku, tahun 1990an dan masa tu kami tengah panas dengan muzik Rock Kapak. Bayangkan masa tu kat Malaysia, ada banyak band-band Rock tumbuh cam cendawan. Ada kumpulan rock yang dah memang established seperti Search, Wings, BPR, May dan macam-macam lagi. Masa tahun 90-an jugak, kumpulan Umbrella yang penyanyi Zarul Umbrella tu terkenal :).So, zaman aku tu, memang kiri kanan layan lagu Rock la beb, keras, head bang ke apa nama dia. Kalau nak layan jiwang ker, keroncong ker, asli ker, Jazz ker, memang ke kutuk kaw-kaw,,, hahaha :)Tetapi, aku mula-mula kenal dan minat pada muzik Kenny G, pemain handalan Saxophonist ini bila banyak kali dengar lagunya di radio. Memang la aku tak minat sangat Jazz, tapi bila dua tiga kali dengar lagu Songbird, rasa cam tenang lak. Kena pulak lagu tu ke udara waktu malam. Alahai,,, boleh lentok beb. Aku rasa sebab itu la yang membuatkan aku rasa Kenny G ni artis yang luar biasa. Tak perlu suara merdu, hanya tiupan Saxophonistnya membuatkan pendengar boleh terpukau.Aku beli Kaset “The Compilation” Kenny G keluaran pada tahun 1993. Masa tu harga kaset original mahal gak, sekitar RM30 dan aku beli tahun 1995. Time tu aku dengar lagu-lagu Kenny G especially lagu ‘Songbird’ dan ‘Silhouette’ masa tengah buat homework dan baca buku untuk exam SPM. Boleh la layan stress dan rileks kan otak yang tensen. Bayangkan time muda remaja, nak buat homework dan study sorang-sorang ni memang malas. Kena cari partner atau something yang boleh buat kita tak ngantuk, layan dan seronok bila nak study. Bagi aku, kompilasi lagu instrumental Kenny G ni la yang banyak jugak bagi aku semangat nak study, selain motivasi dari guru.Kaset tu aku pun dah tak tau ke mana. Bayangkan lah, benda tu kan cepat rosak. Tapi tak apa, skang kan ada Lagu Digital. Dengar je dalam BB atau iPhone.

 Ni antara koleksi lagu-lagu yang ada dalam album The Compilation – Kenny G1-“Songbird” 2-“Tradewinds” 3-“Silhouette” 4-“Don’t Make Me Wait for Love (Live)” 5-“Midnight Motion” 6-“Against Doctor’s Orders” 7-“Going Home” 8-“What Does It Take (To Win Your Love)” 9-“Pastel” 10-“Uncle Al” 11-“We’ve Saved the Best for Last” 12-“Last Night of the Year” 13-“You Make Me Believe” 14-“Let Go”Tapi selepas tu, tahun 1996 kalau tak silap aku, keluar single lagu The Moment. Perghhh!!! Lagu ni memang favourite aku sampai skang. Walaupun tak dengar selalu, tetapi kalau sekali sekala dengar ingat zaman muda-muda tahun 1996, masa zaman masuk UiTM, masa belajar dan masa zaman Universiti. Syahdu siottt…

Kalau lah ada peluang tengok Kenny G secara LIVE, jangan kata aku, sesiapa pun nak pergi kan??? Best nya… Sesiapa yang nak tengok Kenny G Secara Live di Genting, korang boleh masuk ke web ini Kenny G Concert
Love Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.