GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sekali Lihat Dah Tertawan Kereta SUV Mazda CX-5 Yang Sporty

Semalam, selepas Jumaat di Masjid Negara, aku singgah jumpa Klien di Mazda Jalan Ampang. Kebetulan Klien aku tengah servis kereta kat sana. Dah singgah situ, apa lagi, masa untuk tengok kereta la kan? Design kereta Mazda ni makin lama makin cantik. Bermula dengan yang paling murah, Mazda2, kemudian Mazda3, Mazda6, Mazda3 MPS dan juga yang paling menarik perhatian aku, kereta SUV Mazda CX-5 yang Sporty.

Sejak dua menjak ni aku mula suka kereta jenis SUV sebab ia nampak lebih lasak dan gah. Senang nak drive dan naik bonggol katanya. Tak risau kalau jalan banyak bonggol kalau di Kuala Lumpur.

Kereta SUV Mazda CX-5 

 
 
Kereta SUV Mazda CX-5 Yang Sporty
Kereta SUV Mazda CX-5 Yang Sporty

Kereta SUV Mazda CX-5

Kereta SUV Mazda CX-5 Yang Sporty

Katanya model Mazda CX-5 ni belum dilancarkan secara rasmi di Malaysia, harga Mazda CX-5 ni sekitar RM150,000 dan datang dalam dua jenis, 4X2 dan 4×4. Bagi aku, kalau dapat yang model 4X2 dah cukup, aku puas hati.Design interior kereta ni cantik.

Steering yang bergaya model dan banyak features terkini dan berteknologi tinggi berbanding kereta lain. Kalau nak tahu, korang boleh singgah ke showroom Mazda. Aku dah letakkan Mazda CX-5 dalam senarai kereta SUV pilihan hati ni.

Nanti nak cuba compare dengan Mitsubishi ASX pulak,,, Tak pun kalau ada rezeki nak beli kereta http://www.mrjocko.com/2012/09/teringin-nak-beli-mazda-5-mpv.html

 
One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.