GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Lawak Datin Maimun Yang Kelakar

Datin Maimun seorang jutawan hartanah yang kaya, tetapi sangat garang dan cerewet. Beliau sangat bahagia apabila 3 orang anak perempuannya yang sangat jelita berkahwin dengan 3 lelaki kacak.

Pada suatu hari, Datin Maimun ingin menguji tiga menantu lelakinya samada mereka sayang pada mertua atau ingin mengikis hartanya semata mata. Dia memutuskan untuk menguji mereka secara bergantian.

Suatu hari dia mengajak menantu pertama naik perahu ke tengah laut. Di sana dia sengaja menjatuhkan dirinya dari perahu ke dalam air laut. Sang menantu tanpa berfikir panjang langsung terjun menyelamatkan ibu mertuanya. Keesokannya, ketika keluar rumah, sang menantu pertama melihat kereta Proton Preve di hadapan rumah, & secarik kertas bertulisan “Dari ibu mertuamu”.

 

Lawak Datin Maimun Yang Kelakar
Lawak Datin Maimun Yang Kelakar

 

 

Giliran menantu ke-2 yang diajak ke tengah laut. Sekali lagi sang mertua pura-pura terjatuh ke dalam laut. Menantu kedua ini melupakan pakaian & dompetnya, lalu terjun demi menyelamatkan mertua tercinta. Keesokannya, Perodua Myvi SE terbaru tersedia di depan rumah menantu ke-2 disertai kertas bertuliskan “Dari ibu mertuamu”

Ketika giliran menantu ke-3 diajak ke tengah laut, sang mertua kembali melakukan gerakan terjun bebas. Tapi, malangnya kali ini sang menantu bercekak pinggang memandang ibu mertuanya yang tercungap-cungap di dalam air. Dia berkata, “Rasakan kau gemok!”, sambil berkayuh membawa perahunya ke darat.

Keesokan harinya ketika menantu ini keluar rumah, di depan rumahnya terpacak Mercedes Benz S-Class terbaru beserta kertas bertuliskan,

“Dari ayah mertuamu”

Glamorous MrJocko 😉

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.