GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Nasi Kerabu Terbaik Di Seksyen 6 Kota Damansara

Nasi Kerabu Terbaik Di Seksyen 6, Kota Damansara

 

Nasi Kerabu Terbaik Di Seksyen 6, Kota Damansara

Nasi Kerabu Seksyen 6 Kota Damansara

Hari minggu lepas, awal pagi jugak la, kami ke Seksyen 6 Kota Damansara. Kalau korang tahu kat mana area tu, korang pergi jer, mesti korang akan nampak Gerai Nasi Kerabu ni. Tepi jalan jer pun. Nak cari senang, nak parking pun senang. Tempat tidak tersorok, berada di tepi jalan sahaja.

Seawal pagi dah ramai yang beratur untuk merasai keenakkan nasi kerabu Seksyen 6 Kota Damansara ni. Walaupun nampak biasa, ramai yang pernah makan di sini mengakui bahawa nasi kerabu ini sedap.

 

Nasi Kerabu Seksyen 6 Kota Damansara

Kat sini ada menu special Nasi Kerabu yang sedap original datang dari resipi negeri Kelantan. Paling special, kalau korang sempat boleh makan nasi kerabu dengan Ayam Bakar. Tetapi masa aku pergi, ayam bakar dah abis dan yang baru bakar masih belum masak. So terlepas peluang nak makan Nasi Kerabu Ayam Bakar.

So, hari tu kami makan Nasi Kerabu Lauk Ikan, Nasi Berlauk Lauk Ayam dan juga MeeHoon Lauk Ayam. Order air Limau Ais dan Teh O Ais. Murah jer pun. Wife aku bayar katanya RM15 sahaja.

 

Nasi Kerabu Terbaik Di Seksyen 6, Kota Damansara

 

Nasi Kerabu Terbaik Di Seksyen 6, Kota Damansara

Jadi, kalau korang tinggal sekitar area tu, sekitar Damansara dan Kota Damansara atau dekat-dekat situ pergi je breakfast sana. Walaupun gerai nasi kerabu di Seksyen 6 ni tepi jalan je, tapi makan kat sini besttt… 

MrJocko.com

6 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.