Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Jepun
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Lapangan Terbang Antarabangsa Narita Jepun

Setelah perjalanan dan duduk jer dalam flight selama 7 jam, akhirnya kami selamat sampai dan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Narita, Jepun. Nampak biasa jer, cuma bila tengok betul-betul, bangunan area Narita Airport ni ada banyak beza jugak dengan bangunan di Kuala Lumpur.

 

 

 

 




 

Cara susunan mereka nak clearkan passport, Imigresen dan juga Kastam, memang lebih sistematik dari KLIA. Cara mereka kerja pun nampak sistematik. Selesai ambik bagasi, apalagi, ambik gambar dulu di kawasan Airport.

 

Bila on Wifi, banyak network yang ada, nampak full bar reception, tapi sayang, semua tak ada yang free, kena beli. Aiyoo… kedekutnya.

 

 

 

 

 

 

 

 

Tandas diorang ada air, tak seperti tandas di Korea. Kebanyakkan di airport ni ada air. Pastu pulak, sinki paip air kat sini kesemuanya pakai sensor. Semua automatik. Wahhh!!! Teruja aku kejap.

 

Paling aku teruja, kat dalam airport ada Polis Airport. Mereka ditugaskan untuk membuat random check ke atas pelancong atau pengguna airport tersebut. Tujuan apa aku tak tahu kerana mereka bukan fasih berbahasa Inggeris. Yang diorang tahu, mintak passport untuk di periksa. Itu saja.

 

Aku tak kena, tapi member aku Putra dan Kak Siti Hajar kena check. Nasib baik semua OK.

 

 

 

 

Selesai semua urusan bagasi, kami terus naik ke Bas yang di khaskan. Keluar jer airport, aku ingatkan sejuk. Aku harapkan sesejuk aku ke Seoul tahun lepas, tetapi cuaca di luar sekitar 25 darjah celsius sahaja,,, alaaaa… sama cam Malaysia jer…

MrJocko.com

3 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.