GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Bertuahnya Pelajar Tak Perlu Bayar PTPTN

Seramai 4,430 pelajar Ijazah Sarjana Muda kelas pertama yang menamatkan pengajian sebelum tahun 2010 tidak perlu membayar balik pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, ini berikutan keputusan kerajaan yang bersetuju memperluaskan dasar pinjaman boleh ubah kepada pelajar berkenaan.

Beliau memberitahu demikian kepada pemberita selepas majlis pelancaran Skim Simpanan Pendidikan Nasional-i (SSPN-i) dan penyerahan Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) PTPTN kepada 255 pelajar Parlimen Pasir Gudang di sini, hari ini.Mohamed Khaled berkata, pinjaman yang ditukarkan kepada biasiswa untuk pelajar cemerlang itu diputuskan pada 15 Jun lepas selaras dengan tindakan kerajaan melaksanakan semula dasar pinjaman boleh ubah bagi pelajar Ijazah Sarjana Muda Kelas Pertama atau setaraf yang tamat pengajian mulai 1 Januari 2010.Bertuahnya saper yang tak payah bayar tu. Kalau dulu, semua orang kena bayar. Sekarang ni, bila dapat pinjaman PTPTN, belajar betul-betul. Kalau dapat keputusan cemerlang, mana tahu korang mungkin tidak perlu bayar pinjaman PTPTN tersebut ;).Love Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.