GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Jenis Durian Terbaik Di Malaysia Yang Sedap Dan Mahal

Tadi masa lalu kawasan Bandar Tasik Selatan, terlihat banyak dah penjaja buah menjual buah durian. Pelbagai jenis buah durian yang dijual dan ada banyak jenis harga yang ditawarkan dari RM8 sekilo sehingga RM50 sekilo. Sekarang dah musim durian ke? Kalau dah musim, ini masa untuk mencari Jenis Durian Terbaik Di Malaysia Yang Sedap.

MrJocko dan family memang suka makan buah durian. Setakat ni makan durian kat gerai Balik Pulau memang best. Masa tu dapat special diskaun lagi. Dah la makan best, dapat durian sedap, murah lak tu, berbaloi-baloi.

Baca : Pengalaman Beli Durian Murah di Balik Pulau

 



 

Jenis Durian Terbaik Di Malaysia

jenis durian terbaik di malaysia
 

MrJocko zaman remaja pernah tolong Pak Long jual buah, termasuk jual buah durian. Kalau dulu sebut saja buah durian, MrJocko dah boleh tahu mana satu Jenis Durian Terbaik. Malah pernah satu ketika, tengok tangkai dan bentuk pun dah tahu warna ulas durian merah, kuning atau putih.

Itu dulu, sekarang dah lama tak buat, banyak dah lupa. So kat sini MrJocko nak share gambar dan perbezaan jenis buah durian yang ada kat Malaysia. Mungkin ramai yang tak kenal jenis buah durian ni.

Korang boleh tengok jenis durian terbaik dan jenis yang paling mahal aku makan, jenis Udang Merah. Pastu, ada durian jenis Ho Lor, Cheh Phoay Kia, Ganja, Durian 11, Kapili, Merah Kecik, D2, D24, Ang Bak Kia, Kun Bao Hong dan juga Cheh Phoay yang jenis durian kulit hijau.
 

jenis durian terbaik di malaysia

jenis durian terbaik di malaysia
 

Ni antara senarai Jenis Durian Terbaik Di Malaysia Yang Sedap. Kalau sedap, mestilah harga durian ini dijual dengan harga yang agak mahal berbanding durian biasa.

Tapi, ada sesetengah orang kata yang jenis durian kampung di Pahang pun sedap jugak. Biasanya durian kampung kecil dan saiz sederhana sahaja. Bagi aku, durian yang punyai ulas warna Kuning adalah yang best dan sedap.

Kalau nak cuba buah durian yang premium dan sedap, ramai yang akan pilih buah durian Musang King dan Black Thorn. Nak tahu berapa harga buah durian Musang King sekilogram? Klik Sini Harga Durian Musang King Sekilogram

8 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.