GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai

Sambung lagi cerita pasal Tokyo, Japan. Hari ketiga, selepas breakfast, kami di bawa ke kawasan daerah Yamanashi, di kawasan pendalaman kampung. Katanya ini antara kawasan kampung yang masih banyak mengekalkan identiti Jepun. Di sini juga terdapatnya salah satu tarikan utama di sini dan di panggil Oshino Hakai. Di sini ada Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai.
Kolam Spring Water Fuji
Kolam Spring Water Fuji
Oshino Hakai ni adalah satu kawasan yang terdapat 8 kolam air tulen, spring water, yang mengalir dari bawah laluan Gunung Fuji. Kalau di sana, diorang kata air di kolam-kolam ini adalah air Spring Kurniaan Tuhan. Pada tahun 1985, air di sini adalah antara 100 punca air spring yang terbaik kerana kandungan airnya yang begitu original dan menyihatkan. Kalau korang nak beli air Spring Water ini di Tokyo, memang mahal. Tapi di sini, semuanya PERCUMA.

 

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai

 

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai
Apa yang lebih membuatkan aku teruja, pemandangan kolam Spring Water ini berlatarbelakangkan Gunung Fuji yang sangat cantik. Kebetulan kami berjaya melihat puncak Gunung Fuji dengan begitu jelas. Untuk makluman, jika sekiranya kita melawat sekitar Gunung Fuji, peluang kita untuk melihat puncak gunung adalah antara 50 – 50 peluang kerana ia selalunya di litupi kabus. Kali ini, kami semua bernasib baik.

 

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai

 

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai
Ini adalah Kolam Spring Water yang utama. Kolam ini di jaga sebaik mungkin dan kejernihan air di dalam nya memang menarik perhatian. Perhatikan biasan dan pantulan cahaya-cahaya dari dalam air. Itu merupakan pantulan cahaya dari duit syiling yang dilemparkan di dalam kolam tersebut. Walaupun kolam utama ini sangat dalam, tetapi kejernihan airnya sangat mengagumkan.

 

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai

 

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai

 

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai
Sempat la aku minum air dari kolam ini dan isi dalam botol air mineral untuk minum sepuasnya. Memang berbaloi. Rasa air memang lain dari air perigi biasa. Katanya, air Spring Water ini mempunyai galian dan kadar Oksigen yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Yer ke tidak??? Aku minum sebagai air untuk hilangkan dahaga, tiada niat lain.

 

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai

 

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai

 

Kolam Spring Water Fuji Di Oshino Hakai
Di sepanjang jalan kawasan ini juga ada gerai-gerai kecil peniaga tempatan menjual barangan seperti makanan, gifts, kain sutera dan barangan antik. Walaupun tak banyak pilihan, tetapi masih boleh menarik perhatian pelancong untuk melihat dari dekat. Macam aku, nak beli barangan antik aku tak minat, jadi aku beli gifts untuk kawan-kawan sudah la,,,

MrJocko.com

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.