GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL Ke Jepun

Cerita Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL Ke Jepun. Pada bulan May 2012, aku dapat peluang trip percuma ke Tokyo, Jepun. Memang best. Best pasal dapat ke Jepun, lagi best pasal semuanya PERCUMA, :). Apa yang lebih best, aku berpeluang menaiki penerbangan Japan Airlines dan ini adalah kali pertama aku menjejakkan kaki aku ke atas pesawat Japan Airlines.

Seperti juga Malaysia Airlines, Japan Airlines adalah penerbangan yang menjadi kebanggan rakyat Jepun dan imejnya adalah menggambarkan imej negara Jepun itu sendiri.

Pengalaman Menaiki Penerbangan Japan Airlines 

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines

Pengalaman Menaiki MAS

Pengalaman Menaiki Japan Airlines

Pengalaman Menaiki Korean Air

Pengalaman Menaiki China Airlines

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL

Pertama kali nak memasuki pintu pesawat, kami sudah di sambut dengan sambutan ‘Welcome’ oleh pramugari-pramugari Japan Airlines. Aku lihat kesemuanya Pramugari dan tak jumpa seorang pun Pramugara. Flight pergi dan balik ke KL pun memang semua Cabin Crew JAL semuanya Perempuan. Adakah di Japan Airlines memang tak ada Pramugara???

 

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL

Dalam flight Japan Airlines ini, informasi tentang pesawat dan arahan keselamatan mereka guna monitor dan video yang berada di hadapan dan di atas cabin. Kalau seperti AirAsia dan MAS, Pramugari dan Pramugara yang akan tunjukkan arahan keselamatan kan??? Tapi di Japan Airlines yang aku naik ni, mereka gunakan Video.

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL

 

Bila sudah dapat tempat duduk, kami di nasihatkan supaya tetap di tempat duduk kami kerana kumpulan kami ada membuat tempahan makanan Halal yang di khususkan untuk kami. Setiap tempat duduk kami di tag secara baik dan kami cuma di berikan makanan halal sahaja khusus untuk kami, Muslim. Alhamdulillah, kami tak payah risau pasal makanan. Semua sudah di urus. Terima kasih kepada Tour Management dan Wakil dari Travel Agency Mayflower Malaysia.

Dalam penerbangan, korang boleh pilih untuk melihat program samada Movies, Drama, Game Show, Talk Show, Rancangan Realiti seperti yang aku tengok ni, atau music. Semua korang boleh pilih melalui butang kawalan di sebelah anda. Mudah kan. Perjalana selama 7 jam, pasti takkan bosan bila ada hiburan seperti ini.

Oh ya, dalam flight kami ni, susunan seat adalah 2 – 3 – 2. Bermaksud dua seat di kiri, tiga seat di tengah dan dua seat di kanan. Kedudukan dan space tempat duduk agak selesa.

 

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL

 

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL

Sementara menunggu makanan utama, kami di beri biskut beras dan kekacang. Untuk pengetahuan korang, biskut ini juga Halal dan memang di khususkan untuk kami. Memang sedap, kalau ada kat KL memang aku nak beli lagi.

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Menu Halal Muslim : Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines

 

Kami di sajikan dengan makanan yang ada ala-ala Jepun semasa penerbangan dari KL ke Narita. Alhamdulillah sedap dan ak boleh makan. Tak da masalah. Paling aku suka, aku mintak jer Jus Apple banyak-banyak. Hehehe,,, bestttt.

Dalam penerbangan balik dari Narita ke KL kami di sajikan dengan menu Western, pun aku boleh makan. Sedap dah tak kekok. Sekejap jer boleh abis. Sedap.

Cabin Crew walaupun nampak Jepun, tapi mereka tetap fasih berbahasa English, jangan risau. Servis memang puas hati. Semuanya Perempuan, tak da sorang pun lelaki. Lepas tu memang sporting, sambil hidang makanan, mereka tak kisah kalau ada yang mintak bergambar dengan mereka. Memang sporting dan senyum memanjang.

Last sekali aku nak share Toilet yang ada dalam Japan Airlines. Nampak biasa sajer seperti toilet dalam AirAsia dan MAS, cuma yang aku perasan, dalam Toilet flight JAL ni ada cawan kecik yang di khaskan. Untuk apa? Korang fikir kan lah sendiri… hi hi hi,,, 

Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines JAL
Lavatory : Pengalaman Pertama Menaiki Japan Airlines

Aku memang puas hati dengan servis ketika menaiki penerbangan Japan Airlines. Mungkin nampak interior dalamannya agak buruk, tapi aku rasa masih ok dan tidak menjadi masalah. Setiap tempat duduk ada bantal dan selimut untuk digunakan bila nak tido. Nak kata tido dengan lena boleh la, lagi pun 7 jam perjalanan, lama-lama ngantuk tido tak sedar dah. Bila bukak mata jer, dah sampai ke destinasi. 🙂

MrJocko.com

6 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.