GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park

Aku rasa ramai yang sudah ke Taman Tema Genting Highlands, Pahang. Mesti korang suka ke sana kerana tempat pun sejuk, banyak permainan dan banyak tempat boleh lepak. Kat Genting Theme Park, kawasan itu di bahagi kepada dua bahagian iaitu Genting Indoor Theme Park dan Outdoor Theme Park.

 

Aku nak share pasal antara permainan yang best di Outdoor Theme Park dulu. Kalau kat sana memang best dengan persekitaran yang sejuk, berkabus dan banyak permainan di kawasan Outdoor Theme Park.

 

 

 

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park
Genting Highland Theme Park

 

 

Untuk family rides, korang boleh cuba dulu Car Train ni, aku tak tau pulak nama betul dia, tapi memang best bila pusing satu Outdoor Theme Park. Takpun naik train biasa yang di khas kan untuk family rides, pun best jugak.

 

 

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park

 

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park

 

 

Bagi yang berani, apa kata cuba naik Genting Spinner ni. Korang akan di buai 360 darjah dan bergerak atas bawah selama beberapa minit, memang best. Aku lihat dan dengar ramai yang teruja menjerit kepuasan. Menjerit takut pun ada gak…

 

 

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park

 

 

Untuk nak yang ringan, boleh cuba Boat Ride dan Canoe. Kat kolam Outdoork Theme Park ni ada dua bahagian kolam yang mana korang boleh naik Canoe dan Bumper Boat.

 

 

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park

 

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park

 

 

Saper yang rasa mereka berani sangat-sangat, mahu mencabar graviti, korang cuba Genting Space Shot. Satu permaianan yang sangat menaikkan adrenalin korang. Di henjut turun dari ketinggian ke bawah dan akan melantun dua tiga kali. Fuh!!! Aku tak sanggup. takuttt

 

 

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park

 

 

Kaki Race, apa kata sama-sama kita race Go-Kart di Genting. Boleh cuba buat beberapa pusingan di Genting. Memang best bawak kereta Go-Kart dalam suasana yang sejuk dan berkabus. Kalau berani cuba la tekan pedal minyak selaju mungkin untuk menang dalam perlawanan Go-Kart.

 

 

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park

 

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park

 

 

Boleh juga cuba Corkscrew yang tak kurang gayat. Kelajuan membawa korang naik turun dan berpusing atas bawah dengan kelajuan roller coaster yang memang laju. Korang berani, cuba la. bagi yang kurang berani, cuba jer Pirate Ship dan korang akan di bawa membuai depan dan belakang di atas kapal lanun.

 

 

Permainan Menarik Di Genting Outdoor Theme Park

 

 

Dan penghujung permaianan, pada yang betul-betul kaki permainan taman tema genting, apa kata cuba Flying Coaster ini. Korang akan di letakkan dalam keadaan seperti terbang ala Superman dan akan di bawa meluncur laju, seperti roller coaster menyusuri atas bawah yang mungkin akan membuatkan jantung korang berdenyut kencang. Serius,,, pada yang berani sahaja, ia memang Besttt…

 

So, apa lagi, jom ke Genting Outdoor Theme Park. bagi yang nak tahu harga Pass Masuk ke Genting Outdoor Theme Park, untuk Dewasa cuma RM50, Kanak-kanak  dan Warga Emas RM35 dan Pakej Famili RM153 untuk 2 Dewasa dan 2 Kanak-kanak.

MrJocko.com

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.