Saman Trafik Sehingga RM2,000
|Bagi pesalah trafik, berita ni mungkin akan membuatkan korang semua fikir berkali-kali ketika mahu melakukan kesalahan trafik.Pihak yang berkaitan akan melaksanakan undang-undang baru Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang mana sekiranya diluluskan saman maksima untuk kesalahan trafik termasuk melanggar lampu merah akan dikenakan kepada pesalah trafik sehingga RM2,000. Antara amendment yang termasuk dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987 ini termasuk mengingkari arahan ‘traffic signal’ oleh polis berpakaian preman atau warden bertugas. Memandu tanpa lesen juga mungkin akan dikenakan saman sehingga maksima RM1,000 sehingga RM2,000, penjara tidak lebih 3 bulan, atau kedua-dua sekali.Banyak lagi kesalahan lain yang diambil kira dan diharapkan ia akan memberi kesedaran dan mampu mendidik pemandu di Malaysia supaya memandu dengan berhemah di jalanraya.
Sampai Rm2k…? Huish…
RM2k ni mesti untuk yg degil