GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Uncle Bob Fried Chicken Special TTDI

Sekiranya korang berada sekitar Taman Tun Dr Ismail, Kuala Lumpur, pada hari Ahad, bermula seawal jam 6.00 petang, apa kata singgah di Pasar Malam TTDI, Kuala Lumpur. Antara menu yang best korang boleh jumpa di sini ialah Fillet Fried Chicken Special yang di goreng rangup dan sedap. 

Sebelum ni aku tak perasan, tetapi last week bila tengok ramai yang Que semata-mata nak makan Fillet Fried Chicken ni, aku pun Que sama. Nama menunya Uncle Bob Fried Chicken Special. Apa yang special???

Daging ayang yang dibuat kepingan ini di perap dengan rempah rahsia dan kemudian di celup sedikit bahan seperti tepung. Tak sure pulak aku tepung apa, tetapi bila masak, ia menjadikan ayam tersebut garing dan rangup. 

Fillet atau kepingan ayam tersebut tak ada tulang, kulit dan dibuang lemak untuk menjadikannya supaya rasa ayam asli. Selepas digoreng, di letakkan perasa tambahan samada biasa ataupun pedas. Memang sedap, cuba la yer, harga sangat murah, cuma RM5.80 sahaja untuk satu hidangan Uncle Bob Fried Chicken Special TTDI 🙂

Uncle Bob Fried Chicken Special TTDI

 

Uncle Bob Fried Chicken Special TTDI

 

Uncle Bob Fried Chicken Special TTDI
Uncle Bob Fried Chicken Special TTDI

 

 

Apa yang membuatkan Uncle Bob Fried Chicken ni sedap? MrJocko rasa sebab ia digoreng garing dan juga sebab serbuk lada khas yang ditaburkan di dalamnya. Memang unik dan memang sedap kalau dimakan panas-panas.

MrJocko.com

6 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.