Burger Bakar Bahaya Untuk Kesihatan, Betul Ke?
| Hari ni duk belek surat khabar Harian Metro terbaca satu artikel dalam segment Kesihatan pasal pemilihan makanan. Salah satu yang di sebutkan dalam artikel tu, ada menulis bahaya memilih makanan yang tidak seimbang.
Ada pulak di letakkan gambar Burger yang berlapis-lapis menyerupai menu Burger Bakar yang sememangnya terkenal di ibukota Kuala Lumpur akhir akhir ini. Pemilihan pemakanan yang mengandungi lemak, kalori yang tinggi boleh menyebabkan punca-punca serangan jantung. Jadi, adakah Burger Bakar ini salah satu faktor penyumbang kepada penyakit jantung???
Sebenarnya banyak lagi makanan yang tidak sihat dan lebih bahaya dari Burger Bakar ini. Kita sebagai pengguna boleh jer nak makan, tetapi make sure makan jangan dalam kuantiti yang banyak atau terlalu kerap sangat.
Selepas makan benda-benda seperti itu, maka, ambik la inisiatif untuk bersenam atau mengeluarkan peluh, insyaAllah, korang boleh seimbangkan lifestyle korang. Masalahnya sekarang, ramai yang makan makan dan makan, tetapi nak bersenam, pemalas. Kalau macam ni, makan apa pun boleh menyebabkan kita di hidapi penyakit.
Jom bersenam untuk kesihatan diri. Ayat yang MrJocko suka sampai sekarang pasal bersenam, ‘Run For Your Life’ 🙂
4 Comments
hmmm, kalau dah bertingkat2 dan banyak cheese tak ada le sihat mana kan?
of coz…
setuju dgn mr jocko..nak makan ape pun bleh..yang penting moderation..kalau makan healthy food pun tapi makan dgn kuantiti melampau..tetap sakit apa…tapi kebykan kita malas bersenam tapi nak kurus…nie yang bikin iols panas..hakhak..sorry terbebel panjang :p
nak kurus,,, pastu ambik supliment, makan-makan supliment, eksesais tak nak,,, camana tu?