GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Teringin Nak Beli Kereta Mazda 5 MPV Yang Luas Dan Selesa

Hari tu singgah area Glenmarie Shah Alam, sajer pusing-pusing jalan-jalan masuk kawasan sana. Lalu depan showroom Mazda, MrJocko singgah la kejap. Masa tengok design mula-mula pun MrJocko dah tertarik. Dengan design trademark Mazda, ‘SMILE’, kereta Mazda 5 MPV ni sememangnya nampak cantik.

Kereta Mazda 5 MPV

Kereta Mazda 5 MPV

 

Sebuah kereta MPV yang takda la besar sangat, tetapi bila tengok interior dan design kat dalam, nampak agak luas. Ruang penumpang di belakang tak sempit dan ruang bagasi cukup untuk simpan 2 beg besar. Not bad. 

 
 
Kereta Mazda 5 MPV
 
 

Harga pun masih dalam lingkungan berpatutan. Kena pulak dengan teknologi pemanduan, brake system, susunan kerusi, servis centre yang banyak, MrJocko rasa berbaloi jugak kalau beli MPV Mazda ni… Apa komen korang? Ada sesiapa yang sudah pernah test drive dan membeli kereta Mazda 5 MPV ni?

Melihat kepada model ini, katanya ia jimat minyak dari penggunaan biasa. Lebih lagi, ia boleh memuatkan sehingga 7 penumpang boleh ajak satu keluarga untuk naik kereta Mazda 5 MPV. 

Rekaan tempat duduk dalam kereta ini pun best juga. Yang jenis ini seat jenis fabrik. Lupa pula nak tanya ada tak jenis seat kulit. Sebab setengah family ada anak kecil. Jadi kalau ada seat kulit, kalau tumpah air pun tak la merosakkan seat. 

 
Teringin Nak Beli Kereta Mazda 5 MPV

Rekaan permukaan panel dashboard juga nampak cantik. Sususan button untuk radio dan aksesori lain kira nampak moden dan baru. Steering jenis kereta Mazda pun ramai yang kata best. Bila memandu, bila guna steering yang best, tak la  rasa boring dan senang mengantuk. Lagipun kawalan pemanduan lebih senang.

Kalau lihat kereta model SUV Mazda CX-5 pun boleh tahan cantiknya http://www.mrjocko.com/2012/05/kereta-suv-mazda-cx-5-yang-sporty.html

MrJocko.com

One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.