GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Ada Cuti 9 Hari Di Negeri Kelantan Bermula 9 November 2012

Menarik kali ini bila ia jarang-jarang sekali berlaku. Ada Cuti 9 Hari Di Negeri Kelantan Bermula 9 November 2012. Wow!!!

Pastinya rakyat Kelantan akan bergembira dengan pengumuman Kerajaan Negeri Kelantan bila diisytiharkan bahawa 14 November 2012 sebagai cuti peristiwa sempena kemenangan Kelantan menjuarai Piala Malaysia 2012.

Oleh yang demikian, rakyat di negeri Kelantan akan bercuti selama 9 hari bermula Jumaat, 9 November 2012.

 

 Cuti 9 Hari Di Negeri Kelantan

Cuti 9 Hari Di Negeri Kelantan

Ini kerana, Jumaat dan Sabtu, 9 dan 10 November merupakan cuti hujung minggu, kemudian disambung pada 11 dan 12 November 2012 sempena Keputeraan Duli Yang Maha Mulia Sultan Kelantan, Sultan Muhammad Ke-V.

Pada tarikh 13 November adalah cuti umum Deepavali, 14 November Cuti peristiwa dan 15 November adalah cuti umum Nuzul Quran. 16 dan 17 adalah cuti hujung minggu di Kelantan.

So, rakyat Kelantan akan bercuti lebih kurang 9 hari minggu depan. Mungkin bank dan institusi kewangan juga akan tutup. Ini masa untuk orang negeri Kelantan bercuti panjang.

 

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.