GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Kelajuan WIFI UNIFI Di Old Town White Coffee Mengecewakan

Beberapa bulan lepas MrJocko ada menulis pasal berita Kelajuan WiFi Di Kopitiam. Memang teruja masa tu kerana nak cuba kelajuan WiFi di Kopitiam kerana berharap ia memberi kepuasan kepada pengguna WiFi TEGAR seperti MrJocko.
Kebetulan minggu ni ada Kursus di SS2 Mall Petaling Jaya. Sempat la singgah makan di Old Town White Coffee SS2 Mall. Paling teruja bila lihat ada signboard WiFi 20 Mbps di sini.
Tetapi, malang rasanya. Berkali-kali cuba, banyak kali refresh, banyak kali juga restart netbook MrJocko untuk dapatkan WiFi yang laju, tetapi nampaknya ia semua indah khabar dari rupa. Kawan MrJocko, blogger SOHOQUE juga mengalami nasib yang sama. Berkurun rasa nak tunggu browser nak download page Facebook atau Blog MrJocko.com.
So, persoalan yang MrJocko nak tahu, BETUL ke kelajuan kat sini 20 Mbps??? Rasa macam 5Mbps jer… ??? Siapa pernah cuba WiFi kat sini?

5 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.