GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Keputusan Malaysia vs Hong Kong Seri, Jangan Panik

Semalam telah berlangsung perlawanan Persahabatan di antara Harimau Malaya dan pasukan Hong Kong sempena dengan Kejohanan Piala AFF Suzuki 2012 yang akan berlangsung di negara kita Malaysia. Keputusan penuh perlawanan persahabatan Malaysia vs Hong Kong semalam menyaksikan Harimau Malaya seri 1 – 1 dengan pasukan Hong Kong.
Kalau sebelum ni, Coach Harimau Malaya, Dato Rajagobal berkata dia tak mahu panik, ranking tak penting dan dia tahu bahawa anak-anak buahnya, Harimau Malaya boleh menunjukkan kemampuan sebenar dalam perlawanan yang akan datang.
Semalam MrJocko tengok stadium, tak ramai yang datang menyaksikan perlawanan tersebut. Mungkin itu kita boleh terjemahkan kepada sokongan yang semakin berkurangan kepada pasukan Harimau Malaya?
Masih ada satu lagi perlawanan persahabatan pada 20 November 2012 nanti, yang mana Harimau Malaya akan menentang pasukan Bangladesh. Kita tengok kemampuan Harimau Malaya dengan pasukan Bangladesh pulak. Jika sekiranya kita masih kalah, adakah kita masih lagi tidak perlu PANIK???

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.