GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Bila Masa Sesuai Untuk Melabur

Samada anda seorang pekerja di sektor awam, sektor swasta atau bekerja sendiri, masing-masing mempunyai impian untuk hidup selesa dan bersara dengan kehidupan yang selesa. 
Bagaimana untuk mencapai impian hidup selesa dan bersara sebagai orang kaya, anda mungkin sudah punya perancangan masing-masing. Jika anda bukan asal orang kaya raya atau jutawan, menyimpan dan melabur adalah sebahagian dari perancangan asset yang terbaik.
Bila masa yang sesuai untuk melabur? Ramai yang berkata, mereka menyimpan dan melabur bila mempunyai wang atau asset yang lebih. Sekiranya tiada, maka mereka tidak menyimpan atau melabur. Betul kah cara tersebut?
Biasakan diri anda untuk menyimpan terus sebahagian wang gaji atau pendapatan anda terlebih dahulu, kemudian gunakan wang selebihnya untuk perbelanjaan seharian. Mungkin nampak susah, tetapi percaya la, tabiat menyimpan duhulu, guna kemudian salah satu cara yang berkesan untuk mendidik kita berjimat cermat.
Sebenarnya, setiap masa ialah masa yang sesuai untuk menyimpan. Mulakan dengan sedikit, lama-lama ia akan menjadi kebiasaan. Anda boleh mulakannya sekarang. Mulakan dengan nilai 10 sen, kemudian tambah sedikit demi sedikit.
2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.