GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Rasa Capati Yang Sedap Di Chapati House Kuala Lumpur

Sekiranya anda mencari menu masakan berunsurkan makanan India seperti Chapati, anda mungkin boleh cuba masakan Chapati sedap di Restoran Santa Chapati House Kuala Lumpur, Lorong Gombak dekat dengan Sogo. Restoran Santa yang menyediakan menu Chapati ini memang terkenal di sekitar Sogo KL.

Chapati House Kuala Lumpur
Rasa Capati Yang Sedap Di Chapati House

Kalau nak cari restoran ini, Restoran Santa Chapati House, senang saja, anda perlu cari bangunan Sogo dan Bangunan Bank CIMB. Restoran chapati terkenal ni, terletak di Lorong Gombak, basement floor di belakang bangunan CIMB yang sebelah bangunan shopping mall Sogo.

Tak jauh dari Sogo, memang kalau jalan kaki cuma seminit sahaja dari pintu keluar Sogo.

Harga satu set Chapati di restoran Santa ini sekitar RM5.00 untuk satu capati dan satu set mangkuk ayam atau kari daging. Kalau nak lebih kena la bayar harga lebih. Kalau nak dua keping chapati, kena la bayar lebih juga.

Biasa MrJocko tengok ada orang order sampai 4 keping chapati. Kalau MrJocko satu keping chapati pun dah cukup. Cuma kena la ada kuah ayam atau kari daging sebagai peneman.

Rasa Capati Yang Sedap Di Chapati House

 

Kat restoran Chapati Santha ni hanya ada menu Chapati sahaja. Anda boleh pilih untuk menu Chapati dan kuah Ayam, Daging, Kambing, Ikan atau kacang dhal. Harga masih berpatutan dan sememangnya Chapati kat sini memang lembut dan sedap.

 

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.