Diskaun 50% Sarawak River Cruise Di Tune Hotel
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Promosi Diskaun 50% Tiket Sarawak River Cruise Di Tune Hotel

Masa MrJocko sampai di Tune Hotel Waterfront Kuching, pertama yang MrJocko lihat ialah banner promosi diskaun 50% tiket Sarawak River Cruise dari pihak Tune Hotel. Sarawak River Cruise merupakan salah satu daya tarikan yang ada di bandaraya Kuching, Sarawak. 

Kalau sebelum ni, MrJocko sampai di Kuching, kami ke sempadan Serikin dan juga ke Semenggoh, kali ni oleh kerana datang seorang, maka MrJocko pusing bandar Kuching sahaja. Dan semestinya MrJocko teruja nak naik Sarawak River Cruise.

Baca : Tempat Menarik di Kuching Sarawak

Tiket Sarawak River Cruise

Promosi Diskaun 50% Tiket Sarawak River Cruise Di Tune Hotel
Promosi Diskaun 50% Tiket Sarawak River Cruise
Promosi Diskaun 50% Tiket Sarawak River Cruise Di Tune Hotel

Informasi Tentang Sarawak River Cruise

Untuk pengetahuan anda, tawaran promosi diskaun 50% tambang Sarawak River Cruise ini adalah hanya di Tune Hotel sahaja untuk pelanggan yang menginap di Tune Hotel Kuching sahaja. Anda cuma perlu maklumkan kepada staff di kaunter dan mereka akan mengeluarkan resit Diskaun kepada anda.

Harga tiket asal ialah RM60 untuk seorang dan ia termasuk dengan Free Flow Drinks dan juga sajian Kek Lapis. Ada juga persembahan tarian kebudayaan Sarawak di atas Cruise. Oleh kerana MrJocko ada diskaun, MrJocko cuma bayar RM30 sahaja, besttt.

Sudah ada masa yang sesuai nanti, MrJocko akan share apa yang best pasal aktiviti Sarawak River Cruise ini. Harap tunggu entry yang akan datang yer.

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.