GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sakan Shopping Beg Tangan Kulit Taiwan Di Night Market Taipei

Ini cerita MrJocko Sakan Shopping Beg Tangan Kulit Di Night Market, Taipei. Kalau di tanya pasal harga, beg tangan kulit Taiwan di sini memang murah, memang cantik dan memang menarik. Kualiti pun terbaik. Sebelum ke sini, ramai member yang pernah melancong ke Taipei akan mengesyorkan beli barangan kulit di sini. Ia antara tempat shopping barang kulit terbaik di Taiwan

Sebelum ni, ramai yang beritahu bahawa di Taiwan juga menjadi salah satu destinasi shopping yang terkenal di Asia. Antara yang menarik untuk shopping di Taipei ialah barangan kulit termasuk kasut dan beg tangan.

Shopping Beg Tangan Kulit Di Night Market Taipei

 

Shopping Beg Tangan Kulit Di Night Market Taipei

 

Di Shilin Night Market, Yilan Old Street dan juga dikebanyakkan tempat di Taipei terkenal dengan jualan barangan kulit. MrJocko pun tak nak lepas peluang untuk membeli beberapa beg tangan untuk keluarga di Malaysia.

 

Shopping Beg Tangan Kulit Di Night Market Taipei

Shopping Beg Di Taiwan

Antara yang sering diberitahu oleh Tour Guide di sini, kualiti barangan kulit yang berasaskan kulit lembu di Taipei memang bagus. Mereka kata, jika anda memakai barangan kulit dari ‘Made in Taiwan’ barangan kulit anda tidak akan berbau walaupun sudah lama. Ya, kalau pakai lama, ia tak berbau seperti kebanyakkan produk kulit lain.

Memang ada produk kulit samada kasut atau beg tangan kulit Taiwan yang dijual di sini buatan kulit Babi, tetapi, anda boleh tanyakan sebelum anda membelinya. Pun begitu, pilihan barangan kulit di sini memang banyak dan berbaloi untuk anda beli tambah-tambah di lokasi Shilin Night Market dan juga Tamsoi Old Market.

Produk kulit di Taiwan memang banyak dan dibuat rekaan kasut dan beg tangan dengan kualiti tersendiri. Cuba beli dulu, anda baru tahu.

Nak tahu Top 10 Night Market terbaik di Taiwan boleh baca di artikel ini https://www.travelking.com.tw/eng/tourguide/nightmarket/top-10-taiwan-night-markets.asp

Jangan lupa baca lagi entry kembara, dari Mrjocko, Travel Blogger Malaysia ke Taiwan di Blog Travel Blogger Malaysia MrJocko di link ini http://www.mrjocko.com/tag/taiwan

Kalau ada info yang bermanafaat kepada anda, mohon la kongsi di Facebook untuk membantu rakan-rakan yang lain mendapat info travel mereka untuk di masa yang akan datang.
Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.