GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Harga Emas Kelantan Murah Serendah RM139 Satu Gram

Mungkin ramai yang belum tahu, harga emas Kelantan murah. Kalau nak tahu harga emas di Kelantan dikira dengan berat ‘Satu Riyal Berat’, berbeza dengan Gram mengikut cara orang Kuala Lumpur. Harga murah berbanding harga emas di negeri lain.

Harga Emas Kelantan Serendah RM139 Satu Gram

Harga Emas Kelantan Serendah RM139 Satu Gram

Baca : MrJocko dan Cerita Personal

Memang dah banyak kali Mak bagitahu, harga emas 916 kat Kelantan murah dari harga emas di Kuala Lumpur. Kalau macam di Habib, Poh Kong, Tomei atau Sri Pinang, harga sekitar RM150 satu gram. Itu pun selepas harga emas jatuh teruk pada bulan lepas.

Jadi selepas pergi mengundi semalam, kami singgah la cuci mata di kedai emas Sri Ayu Sdn Bhd di bandar Pasir Putih. Masa kami sampai, orang memang ramai. Barang kemas yang ada pun dah macam tak tersusun, semuanya masing-masing memilih design barang kemas yang mereka mahu.

Dalam memilih, akhirnya dapat la design yang diidamkan oleh Mem Besar. Siap ukir nama dan buat tempahan khas. Paling mengujakan bila harga emas di Kelatan waktu ni sekitar RM139 satu gram. Murah kan??? Memang di Kelantan, Harga Emas sangat Murah.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.