Senarai Tempat Menarik Di Taipei Taiwan Yang Wajib
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

Senarai Tempat Menarik Di Taipei Taiwan Yang Wajib Anda Lawati

Hanya tinggal beberapa hari lagi, MrJocko akan ke negara Taiwan dan destinasi kali ini ke Taipei. Terima kasih kepada penaja trip tahun ini, syarikat dimana MrJocko bekerja, Public Mutual Berhad. Kali ini nak kongsi Senarai Tempat Menarik Di Taipei Taiwan Yang Wajib Anda Lawati.

Minggu ni, MrJocko sempat membuat sedikit survey dan info pasal tempat menarik di Taipei. Tak pernah ke Taiwan dan ini semestinya pengalaman yang baru untuk MrJocko ke negara tersebut. 

Baca : Percutian Halal Muslim Ke Taiwan

 


Tempat Menarik Di Taipei Taiwan

Kalau mengikut aturcara lawatan yang diberikan, MrJocko senaraikan beberapa lokasi menarik yang akan menjadi tumpuan selama lawatan pelancongan 6 hari 5 malam ke Taipei termasuk :

 

Tempat Menarik Di Taipei Taiwan
Tempat Menarik Di Taipei Taiwan

1. Menara Taipei 101 – Sebuah menara yang terkenal di pusat bandarya Taipei dan ia menjadi mercu tanda bandaray Taipei dan negara Taiwan. Permandangan memang menarik dan khabarnya pelawat dapat melihat seluruh bandar Taiper dengan jarak pusingan 360 darjah.

 

tempat menarik di Taipei

 

2. Shilin Night Market – Merupakan pasar malam kakilima yang terkenal di Taipei. Mungkin ia seperti Petaling Street, tetapi dalam saiz yang lebih besar. Kat sini pelbagai barang dijual dengan harga yang murah.

 

tempat menarik di Taipei

3. Queens Head di Yehliu Geopark – Satu tarikan di mana satu kawasan tepi pantai yang mana batu-batu sekitar berkenaan menjadi tarikan pelancong.  Unik bukan? 

Tempat Menarik Di Taipei Taiwan

4. Chiang Kai Shek Memorial Hall – Satu kawasan pusat pelancongan yang menempatkan bangunan dan kawasan yang di namakan sebagai Chiang Kai Shek, sempena nama tokoh terkenal di Taiwan.

 

Tempat Menarik Di Taipei Taiwan

5. Love Bridge – Mungkin ini satu lokasi pelancongan baru di Taiwan dan khabarnya di sini satu lokasi pilihan dan terkenal dalam penggambaran filem Taiwan. Boleh dikatakan saban minggu ada sahaja penggambaran drama atau filem dilakukan di sini.

 

Tempat Menarik Di Taipei Taiwan

6. Shangrila Leisure Farm – satu kawasan peanginan di tanah tinggi dan mempunyai kawasan ladang yang subur. Kawasan percutian tanah tinggi di Taipei. Katanya disini banyak buah-buahan.

Baca juga link ini www.mrjocko.com/tag/taiwan

Kesemua tempat menarik di Taipei ini InsyaAllah akan kami kunjungi minggu depan. Harap semuanya best. Satu lokasi yang teringin MrJocko nak pergi ialah Masjid di Taipei. Harap-harap berkesempatan juga. Nantikan entry pasal Taipei dan Taiwan selepas dari pulangnya MrJocko dari negar tersebut.

8 Comments

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.