GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Keadaan Jerebu Makin Teruk, Jom Makan Buahan Tempatan.

 

Lama dah tak singgah di gerai buah dekat rumah MrJocko. Selalu lalu, lupa nak singgah. Dah sampai rumah baru rasa nak beli. Dah keluar rumah baru rasa nak makan buah. Ada tarikan betul gerai buah tersebut.

Tadi selepas siapkan kerja di luar, masa nak sampai rumah, terus nekad singgah untuk beli buah-buahan. Memang banyak jenis buah yang ada kat gerai tu. Ada buah epal, anggur, lai, buah naga, pisang, mangga, buah longan, durian, duku dan macam-macam lagi.

Kali ni MrJocko beli buah tembikai dengan harga RM2.50 sekilo, buah mangga dan buah longan RM8 sekilo dan pisang RM2.80 sekilo. Total semua di atas cuma RM46 sahaja. Murah kan???

So, apa kena mengena keadaan JEREBU yang teruk dengan buahan tempatan. Tak da apa-apa pun. Cuma mana tau, esok Jerebu teruk, maka duduk rumah la buat kerja sambil boleh makan buahan tempatan :).

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.