GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Musim Cuti Sekolah, Musim Kerja Bersama Anak

 

Nampaknya musim cuti sekolah selama dua minggu hampir tamat. Sangat lama tu. Memang suka budak-budak sekolah kalau dapat cuti penggal lama seperti ni. Lagi suka bila dapat pergi bercuti bersama keluarga.

Musim cuti sekolah kali ni, seperti biasa, kami lepak KL jer. MrJocko tak berapa suka bercuti masa cuti sekolah kerana banyak sebab. Antaranya, harga hotel, harga barang biasanya akan naik. Lokasi tumpuan ramai semestinya akan dipenuhi dengan orang ramai yang berganda lebih ramai dari hari biasa.

Jadi, kalau musim cuti sekolah, MrJocko ambil kesempatan bawa MyKids untuk tengok cara MrJocko bekerja. Biar dia tahu, apa sebenarnya kerja Daddy diorang. Biar diorang tahu, bukan senang cari duit. Biar diorang tahu Daddy diorang kerja untuk cari duit untuk diorang jugak.

 

 

Seharian mereka ikut MrJocko kerja. Dari pagi, ke tempat nesting, lepas tu jumpa klien tengahari dan petang ke pejabat Public Mutual Bangsar untuk urusan pendaftaran new agents. Katanya diorang happy dan masih nak ikut MrJocko kerja kerana di samping buat kerja sekolah, exercise dan latihan soalan sekolah, mereka juga boleh layan YouTube kartun kegemaran mereka dan boleh makan apa-apa yang diorang nak.

Tapi rasanya tak boleh selalu bawa MyKids masa MrJocko kerja kerana MrJocko tahu mereka penat. Pasal bila keluar jam 8.00 pagi diorang nampak semangat sangat, dan waktu pulang jam 7.00 malam nampak sangat mereka penat. Sampai rumah lepas Isya’ jam 9.30 malam dua-dua terus lelap Zzz…

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.