RM5.00 Untuk Nasi Beriyani Kosong, Mahalnya
G-Shock Original MurahBeli GShock Murah Kat Sini

RM5.00 Untuk Nasi Beriyani Kosong Mahalnya,,,

Musim Bulan Ramadhan, bulan puasa, banyak barang tiba-tiba naik harga. Bayangkan Nasi Beriyani Kosong pun dah dijual dengan harga RM5.00. Harga sama macam nasi goreng ayam kunyit pulak. 

Semalam, hari ke-9 kita berpuasa di bulan Ramadhan 1434 hijriah. Nampaknya macam sekejap jer masa berlalu, dah nak abis dah 10 hari pertama dibulan Ramadhan. Bercerita pasal berbuka puasa, kami sekeluarga berbuka sederhana sahaja. Semalam kami beli Lauk Itik, Telor Sambal kesukaan anak-anak MrJocko, Nasi Lemak dan Nasi Beriyani Kosong.

RM5.00 Untuk Nasi Beriyani Kosong, Mahalnya

 

Lauk pauk lain semalam Alhamdulillah, semuanya sedap. Cuma MrJocko nak share sahaja pasal Nasi Beriyani Kosong yang MrJocko beli di salah satu Pasar Ramadhan berdekatan TTDI semalam. Bukan nak merungut, tetapi agak terkejut bila mengetahui yang harga untuk satu Nasi Beriyani Kosong itu dijual dengan harga RM5 untuk satu bekas.

 

 

RM5.00 Untuk Nasi Beriyani Kosong, Mahalnya

Kalau nak tahu, dalam bekas tu merupakan Nasi Beriyani kosong seperti biasa. Tiada ayam, daging lembu mahupun daging kambing. Ia memang Nasi Beriyani Kosong semata-mata seperti yang biasa kita makan di kedai mamak. Harga nasi beriyani macam ni memang mahal seperti ni ke???

Sekarang timbul persoalan MrJocko, bagaimana harga makanan di Pasar Ramadhan di tempat anda? Pendapat anda, harga tersebut dikira mahal atau murah? Satu Pek Nasi Beriyani Kosong ini dengan harga RM5.00 ??? 

Add a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.