GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Sate Murah Di Kuala Lumpur Cuma 40 Sen Secucuk

Sate Murah Di Kuala Lumpur
Sate Murah Di Kuala Lumpur

 

Betul ke ada sate murah di Kuala Lumpur. Macam tak caya sahaja. Maklum lah, kalau tinggal di Kuala Lumpur, rata-rata kos sara hidup di sini memang tinggi dan mahal. Kalau pusing satu KL, boleh lagi ke anda dapat Sate Ayam atau Daging yang dijual cuma RM40 sen secucuk di Pasar Ramadhan. Ya, memang benar, murah.

Pertama kali tengok harga yang dijual di sini, nampak macam tak percaya. Bila tengok sekali lagi, yan betul, harga sate kat sini memang murah. Bila lihat sate yan gdibakar pula, ia juga tidak la kecil sangat. Berbaloi sangat dengan harga murah yang disediakan.

Banyak dah tempat Sate yang MrJocko pernah pergi, harga jualan sekitar 60 sen hingga ke RM1.50 setiap cucuk. Paling mahal makan sate di Satay Station Solaris, rasa cam order western menu pulak. Makan 20 cucuk pun kena bayar dalam RM30.80. Mungkin sebab ia berada di kawasan orang-orang kaya, sate kat Satay Station Solaris ni dijual mahal.

Jadi kepada peminat sate, kena buah sate sendiri la kalau anda rasa harga sate yang dijual mahal. Kalau rasa malas nak buat, tapi teringin nak makan jugak, terpaksa la beli ;).

Kalau bercadang nak makan sate murah di Kuala Lumpur, boleh ke Pasar Ramadhan Jalan Kucing dan Pasar Ramadhan Taman Sri Sentosa Jalan Klang Lama. Dua tempat ni sahaja pernah MrJocko jumpa sate yang dijual dengan harga RM12.00 untuk 30 batang sate ayam atau sate daging.

Glamorous MrJocko

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.