GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Blogger Melayu Boleh Blogger Melayu Semakin Hebat

Blogger Melayu Boleh. Melayu Boleh atau Melayuboleh, itulah yang selalu dilaungkan oleh rakyat Melayu di Malaysia untuk menaikkan semangat dan memberi perangsang kepada kita Kaum Melayu untuk terus maju, berdiri sama tinggi dengan bangsa-bangsa lain di Malaysia dan seluruh dunia.

Kita tak mahu istilah Melayu Boleh kembali kepada istilah Melayu Boleh dalam ertikata yang negatif, lucah atau perkara-perkara yang bersifat 18SX semata-mata.

 

Lihat sahaja sejarah, ramai orang melayu kita sudah berjaya tak kira dalam bidang perniagaan, pendidikan, teknologi, politik, perusahaan dan pelbagai bidang lagi. Kita Melayu Boleh. Sebagai contoh, kami Blogger Melayu. Ya, kini, kami sebagai blogger Melayu, semakin mendapat tempat di kalangan advertiser atau consultant company yang berminat menggunakan khidmat blogger sebagai medium penyampai kepada produk, servis atau kempen mereka.

 

Blogger Melayu Boleh

 

 

 

Ya, Melayu memang Boleh. Kalau dulu, ramai advertiser atau consultant company tidak yakin dengan community blogger melayu kerana alasan utama kerana penulisan kami adalah adalah dalam Bahasa Melayu, tidak punya potensi untuk diketengahkan kepada pelanggan mereka secara menyeluruh. Mereka lebih suka blogger yang menulis di dalam bahasa Inggeris.

 

Tapi kini, advertiser atau consultant company, nampaknya mereka sedar yang mereka sebenarnya tinggal di Malaysia dan mempunyai rangkaian prospek pembeli atau pelanggan masyarakat Malaysia yang lebih ramai dan menggunakan bahasa Melayu sebagai perantaraan seharian. Mereka juga sedar, Malaysia mempunyai lebih dari 300,000 blogger yang menulis dalam bahasa Melayu dalam pelbagai ‘niche’ dan konsep. Mereka juga sedar bahawa kalau mengikut ranking, antara Top 1000 Blogger di Malaysia datang dari blogger Melayu atau yang menulis dalam bahasa Melayu.

 

 

 Blogger Melayu Boleh

 

 

 

Dan kini, ranking dan potensi Blogger Melayu untuk maju dalam bidang Media Social di Malaysia semakin cerah dengan pengiktirafan dari advertiser, consultant company atau syarikat penaja sendiri. MrJocko sendiri melihat, dalam tempoh 6 bulan pertama 2013, banyak syarikat sudah sedar dan tahu ambil peluang sebaik mungkin berkerjasama dengan ramai blogger Melayu.

 

Melayu Boleh dan Blogger Melayu juga boleh. Kalau dulu, kita Blogger Melayu dianggap ‘second class’, kini Blogger Melayu sudah menjadi ‘anak kesayangan’ banyak advertiser, consultant company dan syarikat penaja. Lihat sahaja REDMUMMY, ABANG NARA, BEN ASHAARIDENAIHATI, EYRIQAZZ, BRO FRAMESTONE, AHMAD FAIZAL, SHAKIDDO dan beberapa nama lagi.

 

Jadi,,, teruskan usaha anda kalau anda mahu menjadi seorang Blogger yang berjaya. Melayu Boleh 🙂

 

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.