GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Majlis Open House Aidilfitri Exabytes

Hari Ahad, kami sekeluarga berbesar hati menerima jemputan ke Majlis Open House Aidilfitri Exabytes yang diadakan di pejabat Exabytes Setiawalk Puchong. Majlis Open House Exabytes ini dihadiri oleh rakan niaga Exabytes dan juga beberapa orang blogger yang terpilih termasuk Shakiddo dan Sharidawati.
MrJocko sampai di pejabat Exabytes kira-kira jam 12.30 tengahari dan kami disambut oleh staff dan juga CEO Exabytes Mr. Chan. Ruang pejabat Exabytes ni memang nampak simple, moden dan juga menarik kerana ia lebih kepada dekorasi orang muda.
Kami dihidangkan dengan menu yang sedap-sedap seperti Sate, Roti Jala, Lemang, Kari Ayam, Rendang Daging, Nasi Himpir, Meehun Goreng, buahan dan banyak lagi. Sudah tentu la Sate menjadi pilihan MrJocko.

Sementara makan, kami dihadiahkan dengan cabutan Lucky Draw dan juga Quiz. Alhamdulillah, MrJocko dan Wife menang hadiah Lucky Draw, masing-masing 2 buah buku motivasi penulisan CEO Exabytes, Mr. Chan.
Majlis selesai sekitar jam 5.00 petang dan terima kasih kepada Ms Thara, Staff Exabytes dan juga Mr. Chan sendiri kerana melayan kami sebaiknya. Semoga Exabytes terus success dalam menyediakan khidmat hosting dan server kepada pelanggan mereka. Tahun depan jangan lupa jemput kami lagi yer… 😉

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.