GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Tips Blogging Rajin Blogwalking Untuk Naikkan Ranking Alexa

MrJocko nak kongsi sedikit Tips Blogging mengikut pengalaman sendiri. Jika anda seorang blogger dan sememangnya ‘passion’ dengan menulis dan popularity blog, anda pasti ambil kira dengan kedudukan ranking blog anda. Kenapa? Kerana kedudukan ranking blog anda sedikit sebanyak memberikan anda ‘kelebihan’ dan ‘popularity’ berbanding blog lain yang tidak tersenarai dalam ranking.

 

Sekiranya anda memang minat untuk sertai events untuk blogger, berminat untuk mendapat advertorial job atau menjadi sebahagian dari komunity blogger yang aktif, rasanya anda perlu masukkan nama blog anda dalam ranking. Ini kerana, jika pihak advertiser tidak melihat anda dalam mana-mana ranking blog, umpama blog anda kureng glamour. Sebagai advertiser, mereka mencari blog yang di kunjungi ramai dan glamer sudah pasti menjadi kelebihan.

 

Macamana nak naikkan ranking blog??? MrJocko ambil Alexa sebagai contoh. Sebelum ini Unique Visitor ke blog MrJocko sekitar 800 ke 1000 setiap hari, dan pada masa tu ranking Alexa cuma dalam lingkungan 5000 ke 4800 sahaja (semakin rendah nilai ranking, semakin bagus). Puas MrJocko cari punca dan sebab kenapa ranking blog MrJocko seakan tersekat di ranking tersebut.

 

Namun hasil belajar sikit-sikit dari otai blog Denaihati, Shakiddo, Eyriqazz dan Teknik SEO Merah Jambu dari Encik Titan, maka sedarlah bahawa MrJocko jarang buat blogwalkin ke blog rakan-rakan lain. Dalam erti kata, kalau kita mahu orang lain jenguk blog kita, kita kena jenguk blog rakan-rakan lain. Ini baru win-win situation. Melainkan, anda seorang blogger yang terlalu famous dan UV dalam 5000-10000 sehari, mustahil untuk anda jenguk ke blog yang beribu-ribu tu.

 

 

Rajin Blogwalking Untuk Naikkan Ranking Alexa

 

 

Alhamdulillah, selepas sebulan praktik teknik buat blogwalking dan komen di entry rakan-rakan blogger lain, raking MrJocko terkini naik ke 1,706. Seterusnya, kena target untuk berada di ranking bawah 1000, baru la boleh challenge Shakiddo dan Hazman Fadzil.

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.