GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Maharani Malaysia 100% Halal Seafood Restaurant Gold Coast

Memandangkan dah nak penghujung tahun, mesti ramai yang tengah berkira untuk pergi melancong. Salah satu destinasi hebat yang mesti lawat ialah Gold Coast, Australia. Sekitar Main Beach di Gold Coast anda tak perlu risau kerana banyak makanan Halal dan salah satunya Restoran Maharani Malaysia, Makanan Seafood 100% Halal.
Kalau anda ada peluang ke Gold Coast, jangan lupa singgah makan di sini. Kedudukan restoran Maharani Malaysia ini cuma beberapa meter dari Hard Rock Cafe Surfers Paradise dan bersebelahan dengan Islander Hotel. Owner restoran ini ialah pasangan Muslim dari Malaysia dan Singapura. Ia dikendalikan bermula dari tengahari dan selalunya akan tutup operasi sekitar jam 7.00 malam.
Maharani Malaysia Halal Food Gold Coast

Maharani Malaysia Halal Food Gold Coast

Maharani Malaysia Halal Food Gold Coast
set Nasi Goreng Ayam ini berharga RM36.00 🙂

Selama 4 hari MrJocko di Gold Coast, boleh katakan ini restoran kegemaran kami. Kami makan tengahari dan makan malam kat sini. Walaupun kalau kita convert kepada duit Malaysia, harga sepinggan Nasi Goreng Ayam ialah RM36, ia masih murah berbanding dengan nilai kat sana.
Rasa memang sedap. Lebih-lebih lagi rasa Bubur Kacang yang diberikan PERCUMA kepada kami kerana kami sangat COMEL… ekekeke… Restoran ini memang terkenal bagi pelancong Malaysia kat sana kerana salah satu Restoran yang 100% di jamin halal. Rasa memang sedap dan tak rugi kalau anda singgah di sini untuk menikmati juadah di Maharani Malaysia Seafood Restaurant di Gold Coast.
One Comment

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.