GShock Original Murah Shopping Online Kat Sini

Pelancaran Kad VIP Watsons Malaysia Piala Malaysia 2013

Penaja Utama Piala Malaysia, Watsons Malaysia kini melebarkan sayapnya dengan melancarkan Kad Keahlian VIP untuk pelanggan Watsons Malaysia sempena dengan kerancakkan Piala Malaysia 2013. Pelancaran Kad VIP Watsons Malaysia ini didatangkan dengan 9 corak Kad VIP berbeza bagi mewakili 9 pasukan bolasepak Malaysia yang terpilih termasuk Kelantan, Johor, Selangor, Kedah, Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Perak dan Sarawak.

MrJocko turut sama dijemput untuk sama-sama menyaksikan majlis pelancaran Kad VIP Watsons Malaysia ini bertempat di Renoma Cafe Gallery, Kuala Lumpur. Pihak Watsons Malaysia yakin dengan pelancaran Kad VIP ini akan meyemarakkan lagi kempen Piala Malaysia 2013.

Pelancaran Kad VIP Watsons Piala Malaysia 2013

Pelancaran Kad VIP Watsons Malaysia
Pelancaran Kad VIP Watsons Malaysia

 

Pelancaran Kad VIP Watsons Piala Malaysia 2013 

Pelancaran Kad VIP Watsons Piala Malaysia 2013

 

 

Untuk makluman, Kad VIP Watsons Malaysia ini hanya terhad kepada 5,000 keping sahaja dan akan diedarkan di 9 negeri tersebut bermula pada Selasa, 24 September 2013 dan akan berakhir pada 21 Oktober 2013 nanti. Kalau anda berminat, jangan lupa dapatkan koleksi Kad VIP Watsons Malaysia di outlet Watson Malaysia berdekatan anda.

 

Kempen ini “Look Good, Play Great” atau “Tampak Hebat, Main Gempak” adalah salah satu inisitif yang dibuat oleh Watson Malaysia untuk menarik minat golongan lelaki yang semakin ramai sedar tentang betapa pentingnya penjagaan diri untuk terus tampil menarik sepanjang masa, seperti penampilan hebat pemain bolasepak Piala Malaysia di atas padang dan di luar padang.

 

Sepanjang tempoh tersebut, pemegang Kad VIP Watsons Malaysia akan menerima (1) sekeping tiket perlawanan Piala Malaysia PERCUMA dengan setiap pembelian RM20 dalam satu resit di Watsons untuk barangan berjenama Adidas, Dettol, Maybeline, Garnire dan banyak lagi di outlet terpilih Watsons.

 

 

Pelancaran Kad VIP Watsons Piala Malaysia 2013

 

Pelancaran Kad VIP Watsons Piala Malaysia 2013

  

Nampaknya, ini memang peluang yang ditunggu oleh ramai peminat bola tanahair untuk mendapatkan Kad VIP Watsons Malaysia yang mempunyai gampar pasukan bolasepak negeri masing-masing dan berpeluang untuk dapatkan satu tiket perlawanan bolasepak Piala Malaysia secara percuma. 

Maklumat lanjut tentang promosi dan terma dan syarat Kad VIP Watson Malaysia, sila layarai laman web Watsons Malaysia dan Facebook Watsons Malaysia.

2 Comments

Leave a Reply

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.